Selamat hari Bapa, kepada semua yang bergelar bapa di dunia ini & khas nya kepada : En. MUMIN bin INGGUONG..
Semoga Sihat Selalu & hidup diberkati ALLLAH sentiasa.
SELAMAT HARI BAPA
Ikhlas dari :
Wina, Asa, Joe, Sahidi, Idun, Imi, Jusli, Dida, Irin
Selamat hari Bapa, kepada semua yang bergelar bapa di dunia ini & khas nya kepada : En. MUMIN bin INGGUONG..
Semoga Sihat Selalu & hidup diberkati ALLLAH sentiasa.
SELAMAT HARI BAPA
Ikhlas dari :
Wina, Asa, Joe, Sahidi, Idun, Imi, Jusli, Dida, Irin
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
Salam,
sekali lagi hari ini saya berjaya mencuri sedikit ruang waktu untuk menyambung kisah ini ke episod ke-2, memang lazimnya bila mahu memulakan sesuatu itu pastinya sedikit sukar kerana idea tidak datang sekaligus, tapi setelah mendapat respon yang agak memberangsangkan maka saya bersemangat untuk menyambung semula hikayat Anak itik dan abuya tersebut.
Maka, setelah si anak itik itu dengan nekad melarikan diri mengikuti kekasihnya yang dulu adalah jejaka maya tapi selepas bertemu dan setelah mengetahui status si jejaka maya yang sekarang ini adalah si Setan boroi yang juga berkulit hitam selegam si anak itik. Tanpa memikirkan dosa pahala bahana pujuk rayu cinta si Setan boroi maka si anak itik semakin tenggelam dengan drama cintanya bersama si Setan boroi maka ibarat bunga baru berputik, si setan boroi menguliti si anak itik di dua buah hotel berasingan dan si anak itik yang asyik dengan sentuhan dan belaian si setan boroi semakin merelakan dirinya diratah sesuka hati…saat itu si anak itik merasa sangat bahagia yang teramat kerana hanya ada mereka berdua memadu kasih, tidak kira siang dan malam, tidak kira lapar atau kenyang, tidak kira penat atau lelah, tidak kisah sakit atau sedap, masa yang terluang bagi pasangan kekasih itu hanyalah dengan memadu asmara, saat menyulam cinta “ZINA” mereka tidak pernah menyedari bahawa ada Yang Maha Melihat,telah dengan jelas melihat semua perbuatan sumbang si anak itik dengan si setan boroi tersebut, mungkin pada mereka hanya kerana tidak kelihatan sepasang mata yang melihat sangka mereka tiada siapa yang tahu akan “ZINA”mereka itu..(sungguh kasihan… ) Malah kerana cinta yang terlalu mendalam kepada si setan boroi, si anak itik rela gambar bogelnya diambil menggunakan kamera telefon untuk menjadi santapan mata si setan boroi, tapi apa yang jelasnya si anak itik ini tidak terfikir atau tidak mampu berfikir ialah tidak mustahil untuk si setan boroi itu menyebarkan gambar bogel tersebut untuk tontonan malah sekadar untuk menunjuk kepada sahabat-sahabatnya yang juga sama-sama setan lalu menjadi bahan ejekan dan tohmahan, memang tidak mustahil kerana si anak itik selain berkulit gelap dia sebenarnya bertubuh kurus melidi tapi rupanya bernafsu besar mengalahkan orang sudah berkahwin yang halal sentuh pegangnya.
Setelah puas memadu kasih di hotel, kerana kehabisan duit dek kerana menyewa 2 buah hotel berasingan selama beberapa hari dan juga membeli tiket kapal terbang si anak itik maka si setan boroi tanpa segan dan silu si setan boroi membawa si anak itik ke rumahnya, bertemu anak-anak dan dua orang isterinya yang kebetulan duduk serumah, dan tanpa segan dan silu si anak itik tinggal, makan dan minum di rumah tersebut kemudian bersetuju pulak menjadi isteri ketiga yang sah, walaupun sebelumnya mereka telah tidak langsung menjadi suami isteri tidak sah sebelum ini, bodohnya si anak itik ini kerana tidak melihat atau memang tidak mahu melihat keadaan hidup si setan boroi yang cuma tinggal di flat PPR @ DBKL (flat kelas rendah), tanpa kerja tetap dengan menanggung dua isteri dan anak-anak yang masih kecil dengan rumah yang cuma ada 3 bilik? tapi kerana dek cinta agung si anak itik dia sanggup untuk melalui kehidupan yang sebegitu walhal dia mampu untuk memilih lelaki yang bujang, yang mempunyai kerja tetap dan yang akan hanya menanggung dia dan anak-anak mereka kelak? (nampak sangat kebodohan tipikal….)
Nyata hanya kerana si anak itik merasa hangat dalam pelukan si setan boroi atau merasa enak dengan sentuhan tangan kasar si setan boroi atau merasa enaknya meng’kangkang’ kepada si setan boroi (oppsss…maaf, saya terpaksa menggunakan bahasa 18SX kerana tiada perkataan terbaik yang sesuai ) , lalu si anak itik yang hanyut dengan DOSA dan NODA, merelakan dirinya menjadi hidangan nafsu lelaki beristeri dua yang bernafsu tahap iblis, malah lagi seronok kerana si setan boroi mendapat ”pucuk muda” yang masih lagi “fresh” dan “ketat” menyebabkan si setan boroi ini sentiasa “stim” melihat si anak itik yang tergeliat-geliat dan terkangkang-kangkang dengan layanan dengan penuh “style” si setan boroi yang sememangnya sudah terlalu berpengalaman.
Haaa, part ini sebenarnya antara part kemuncak yang akan saya ceritakan dan pastinya akan menyerlahkan keCETEKan akal fikiran si anak itik. Alkisah seterusnya adalah :
Mungkin kerana perbuatan ZINA si anak itik dan si setan boroi itu yang jelas HARAM dan BERDOSA, maka ALLAH telah menunjukkan sedikit mukjizatnya, kerana tiba-tiba si anak itik itu telah menghantar sms kepada seseorang yang agak dekat talian keluarga dengannya yang sememangnya telah berhijrah ke ibu kota, dengan hanya menyatakan yang dia (si anak itik) tersebut berada di KL mengikut kawannya dan nanti akan mahu kerumah. Sini saya gelarkan seseorang itu sebagai si bulan sabit, kerana mulutnya yg agak “laser” dan tajam seperti sabit selain dia juga berkulit agak cerah dan ceria ibarat senyum meleret bulan sabit. Atas dasar tanggungjawab si bulan sabit tanpa membuang masa terus bekejar ke Sungai Ramal,Kajang sepertimana yang disebut oleh si anak itik, walaupun si bulan sabit tidak mengetahui keadaan sebenar si anak itik namun hatinya dapat merasakan yang si anak itik tersebut mesti bersama dengan seseorang yang berjantina lelaki, Sesampainya si bulan sabit di flat Sri Kenari, si bulan sabit mendapati bahawa si anak itik tidak berada di rumah si setan boroi, keadaan semakin bercelaru bilamana si anak itik pula mula berdolak dalik, sekejap mahu dijemput, sekejap tidak, sekejap di sini, sekejap disana setiap kali bila si bulan sabit menelefon kerana terlalu geram si bulan sabit mula mengugut untuk melaporkan kejadian itu ke pihak polis maka barulah si bulan sabit dapat bercakap sendiri melalui telefon dengan si setan boroi. Itupun, sudah terang lagi bersuluh bahawa si setan boroi itu bersalah namun dia masih mahu menegakkan benang yang basah bila dia mempersoalkan samada si bulan sabit ini mahu benar-benar mahu mengambil si anak itik atau tidak, apalagi naik angin la si bulan sabit kerana siapa lelaki itu yang hanya bergelar ‘boyfriend’ untuk mempersoalkan dia yang ada talian darah dengan si anak itik? malah, setan boroi itu rupanya telah mengajak si anak itik untuk keluar dari kawasan itu kerana takut si bulan sabit dapat mengecam tempat tinggal si setan boroi, mungkin sangka si setan boroi dia bijak berbuat begitu…(Tuhan maha adil) namun kerana masih atas dasar tanggungjawab si bulan sabit sanggup untuk berpatah balik ke Dataran putrajaya (tempat di mana si setan boroi membawa si anak itik) akhirnya si bulan sabit bertemu dengan si anak itik yang waktu itu sedang menangis teresak-esak (tanpa diketahui oleh si bulan sabit, adalah lakonan semata-mata) sekaligus bersua muka dengan si setan boroi yang waktu itu menyamar menjadi sahabat baik kepada kononya “BOYFRIEND-(tidak wujud)” si anak itik, malah dengan muka si setan boroi yang sememangnya sebiji serupa SYAITAN/IBLIS, si setan boroi pula sanggup meminta bayaran kepada harga tiket si anak itik sewaktu mereka bersama-sama terbang ke KL sebelumnya. Si bulan sabit yang tidak tahu apa-apa tanpa berkira dan bertanya lebih lanjut terus saja ringan tangan menghulurkan RM600 kepada si setan boroi, sambil dalam hatinya berharap agar dia tidak akan bertemu dengan manusia seiras SYAITAN/IBLIS ini lagi.
Huh…sebenarnya hikayat ini belum sampai ke kemuncaknya, namun saya merasa penat memerah kepala otak dan kini hampir-hampir saja kekeringan idea, maka sebelum idea itu benar-benar kering ada baiknya saya hentikan alkisah ini disini, kendatipun saya akan tetap menyambung kisah ini ke part.III kerana saya juga mahu tahu kisah selanjutnya. kepada yang membaca, dan menyukai coretan ini terima kasih banyak-banyak dan teruskan memberi sokongan kerana sokongan anda pastinya akan membantu saya dalam me”variasi”kan lagi idea untuk untuk hikayat ini, kepada yang merasa tulisan ini keterlaluan, saya mohon maaf kerana menyinggung namun saya mengharapkan anda dapat mengambil pengajaran daripada kisah ini dan kepada yang telah melakukan kesalahan…silalah buka mata, buka pintu hati, renung kehidupan dan masa depan..sesungguhnya hidup ini adalah pinjaman Allah semata-mata, biarlah hidup itu dihabiskan dengan perkara yang bermaruah dan membanggakan diri kita sendiri, dan bukan memilih untuk meletakkan maruah serendah dan sehinanya dek kerana desakan nafsu dan kecetekan akal, kerana akal dikurniakan untuk kita berfikir menggunakannya setinggi mungkin.
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
salam,
Setelah sekian lama saya “berehat” dari menulis dalam blog ini dek kesibukan dalam melaksanakan tugasan harian, dimana beberapa bulan lepas saya kerap dihantar untuk bertugas luar daerah juga rutin harian yang agak membebankan, waima saya tahu itu bukan alasan terbaik kerana saya akui setiap yang bergelar manusia pasti ada silap serba -serbinya dan Alhamdulillah, hari ini kehendak hari saya kuat mahu menulis, mahu bercerita mengenai satu kisah yang memberi kesan terhadap diri saya, mungkin bunyinya seperti luahan hati tapi ianya adalah gumpalan dari pelbagai corak perasaan yang saya rasai saat ini.
Rasanya agak kekok untuk memulakan, tapi biarlah saya mulakan dengan begini : kisah ini adalah mengenai cerita seorang anak perempuan dan ayahnya, walaupun bukan mengenai saya namun saya berperanan sebagai pelengkap kepada perjalanan cerita ini, saya namakan anak perempuan itu sebagai ” anak itik “, kerana apa? kerana itik mempunyai ciri-ciri unik seorang perempuan iaitu berjalan melenggang-lenggang, selain dari itik yang terlalu dekat dengan ciri-ciri wanita yang manja, comel, cantik, bersih dan disukai ramai, si ayah pulak saya namakan sebagai “abuya” kerana watak ayah yang agak garang agak alim dan juga agak bijak dalam berkata-kata.
Alkisahnya, keluarga abuya adalah sebuah keluarga yang sederhana dengan anggota keluarga seramai 9 orang termasuk si abuya & isterinya, kehidupan mereka juga bahagia dan gembira, walau ada sedikit ribut taufan namun abuya masih dapat mempertahankan keadaan keluarganya, sebagai seorang yang agak warak si abuya sentiasa mengingatkan anak-anaknya agar tidak melupakan Allah dalam apa jua keadaan malah si abuya telah menetapkan malam jumaat adalah hari untuk mereka sekeluarga membaca Quran…(kelihatan sungguh sempurna)
Tragedi bermula, bila si anak itik ini meningkat dewasa, sebagai anak yang dibesarkan dalam suasana berorientasikan keagamaan, anak itik membesar sebagai seorang gadis yang penuh sopan santun & amat pemalu, hinggakan untuk mendengar suara nya pun terlalu susah. Abuya pula dalam mendidik anak-anak yang semakin meningkat dewasa si abuya juga tidak lupa pada kemodenan teknologi lalu mengambil keputusan untuk membelikan telefon dan melanggan internet untuk kegunaan anak-anaknya. Rupaya saat itu adalah hari permulaan pada kemusnahan kepada peribadi dan tingkah laku si anak itik. Saya bukannya menyalahkan modenisasi yang dibawa masuk oleh abuya kedalam rumah mereka sebagai titik tolak pemusnah si anak itik tetapi saya juga mempersoalkan akhlak dan integriti si anak itik yang kelihatannya baik tapi rupanya tanpa diketahui oleh sesiapa dan dalam diam2 dia telah berjaya menjalin cinta dengan rakan sembang secara maya, maka bermula lah adegan-adegan berasmaradana si anak itik dengan “si jejaka maya” tanpa berjaya dihidu oleh si abuya, sangkanya anaknya ini adalah anak terbaik yang dia ada, malah yang paling baik dan paling hebat.
Sehinggalah adegan asmaradana, cumbu rayu si jejaka maya yang selama ini hanya di laman sembang di panjangkan dengan kisah berbalas-balas SMS dan perbualan telefon, sekali lagi saya melihat modenisasi memainkan peranan terbaik, namun saya masih tetap mempersoalkan akhlak dan integriti si anak itik yang di besarkan dalam lingkungan keagamaan kerana goyah dan rapuh dek hanya kerana dugaan kata -kata semanis gula sang jejaka maya.
Dan lebih kurang selama 7 bulan si abuya ini masih tidak dapat menghidu gerak-geri si anak itik, sehinggalah si anak itu yang selama ini terbuai dengan rindu dendam kepada si jejaka maya memutuskan untuk bertemu dan bertentang secara empat mata…wah, perasaan si anak itik berbunga-bunga dan tidak sabar menanti detik itu, laksana pengantin perempuan yang menantikan mempelai lelaki di malam pertama. Lantas, pabila tiba detik yang dinanti-nantikan akhirnya tanpa berbelah bagi kerana sudah tidak mampu menanggung beban asmara yang setinggi everest maka si anak itik kemudian nya bertekad untuk menemui si jejaka maya tidak kira apa sekalipun sehinggalah sanggup menipu si abuya dan isterinya, kononnya sahabat baik si anak itik telah mengalami kecelakaan dan kini nyawa-nyawa ikan maka sekiranya dia tidak dapat bertemu sahabat baiknya itu maka si anak itik pasti akan menyesal seumur hidup atas kehilangan sahabat baiknya…sedikit demi sedikit rupa dan hati budi sebenar si anak itik ini semakin terserlah…namun si abuya tetap beranggapan si anak itik adalah anaknya yang paling baik peri lakunya.
Hatta, hari yang telah dijanjikan telah tiba dan si anak itik dengan penuh rasa gembira dan bahagia dan tanpa rasa bersalah kerana menipu kedua orang tuanya keluar berjumpa dengan si jejaka maya yang sedia menanti, maka, dek kerana terlalu memendam rasa rindu dendam yang telah sekian lama terjalin di laman sembang akhirnya si anak itik telah merelakan dirinya untuk di nikmati oleh si jejaka maya, kerana cinta yang menggunung si anak itik telah menyerahkan satu-satunya kehormatan kegadisan nya kepada si jejaka maya, yang rupanya telah berkahwin dan beristeri dua…(sadis,sadis). namun kerana cinta yang mendalam dan yakin keagungan cinta (kononya) dan pujuk rayu si jejaka maya maka dengan rela dan hati terbuka si anak itik menerima kenyataan itu malah bersedia untuk menjadi isteri ketiga (hah..hah..hah)
lalu, dengan rasa puas hati kerana mendapat layanan berkali-kali dari si jejaka maya dan tanpa rasa sedikitpun rasa berdosa si anak itik pun pulang kerumah dan saat terjadinya perbuatan terkutuk tersebut si abuya yang masih tidak mengetahui apa-apa masih mengagungkan anaknya yang seorang ini. Dan si anak itik yang dungu dan bodoh ini rupanya tidak menyedari si jejaka maya itu sanggup membelanjakan duit untuk bertemu dengannya hanya semata-mata untuk melampiaskan nafsunya pada si pucuk muda yang baru nak mekar, sangka si anak itik, si jejaka maya sanggup berabis wang ringgit hanya kerana cintanya pada si anak itik itu..(kesiannya..)
Dipendekkan cerita, akhirnya satu malam tercetus perbalahan besar antara si abuya dan si anak itik, penyebabnya adalah bila si anak itik mahu mengajak si jejaka maya datang berjumpa si abuya, lalu, si abuya yang selama ini mengharapkan perkara terbaik daripada si anak itik tidak dapat menerima hakikat anaknya yang selama ini bersopan santun tega menyakiti hatinya hanya kerana penangan seorang lelaki. Ketegangan yang timbul itu semakin panas bila si anak itik lalu lari keluar dari rumah untuk mengikut si jejaka maya kembali ke ibu kota…saat ini akhirnya si abuya sedar bahawa anak nya yang seorang ini bukanlah yang terbaik malah jelaslah hati si anak itik ini rupanya hitam legam sehitam kulit nya.
aduh, rasanya untuk menceritakan semuanya dalam satu saat memang tidak boleh, maka biarlah ceritera ini berakhir di sini sahaja dahulu, tapi tetap akan bersambung di lembaran lain………kepada yang membaca, terima kasih..kepada yang terasa, berfikir dan sila lah berubah…sesungguhnya bumi Tuhan ini sentiasa ada ruang untuk memperbetulkan kesilapan diri..
Posted in Uncategorized | 2 Comments »
Lama rasanya saya tidak menulis apa-apa dalam blog saya ini..dek kesibukan rutin harian dan tugasan kerja yang sedikit membebankan tidak memberi saya ruang untuk terus menulis. Ketika ini saya masih dalam keadaan yang agak “fragile” setelah beberapa perkara buruk dan baik yang terjadi, sedih dan pedih, gembira dan suka dan pelbagai lagi bentuk perasaan yang tercorak dari pelbagai peristiwa yang dihadapi, ada saatnya saya merasa janggal pada apa yang berlaku, hatta, pada diri saya sendiri, sehingga saya merasa takut pada keadaan-keadaan tertentu tapi tidak kurang juga yang memberi saya pengajaran dan sinar baru kerana dapat melihat sesuatu perkara itu dari sudut berbeza, yang seterusnya menerbitkan keinsafan dalam diri, menyedarkan saya betapa berharganya nilai satu pengalaman. Mungkin apa yang berlaku terlalu pahit untuk di lembarkan menjadi cerita namun disebaliknya ia memberikan satu pengajaran agar saya belajar tentang erti kehidupan yang di acu oleh kita tapi mengikut takdir Allah yang maha Esa, tiada siapa yang mampu menolak ketentuan, itu yang sahih, tapi kita ada kudrat untuk membuat perubahan, kalau itu niat kita.
Secara peribadi, sedikit pengajaran itu telah memberikan seribu pelajaran pada diri saya, jiwa saya dan hati saya agar tahu dan sedar hakikinya perjalanan hidup ini.
Semoga segala yang terbaik adalah kepada kita semua…
Posted in Uncategorized | 3 Comments »
Beberapa footage untuk renungan kepada raungan kekejaman israel di GAZA,




Tiada kata-kata yang mampu diluahkan, hanya pandangan mata sebagai saksi pada ketidak adilan terhadap kekejaman manusia terhadap manusia…bilamana nyawa seorang kanak-kanak langsung tidak bernilai kerana kecetekan akal manusia berhati iblis!
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
last week on my latest posting i was talking about starting something from my self, from the most simple thing, starts from now…well, i had been thinking to write a book (kind of …) sometimes, i did once before when i was in sabah long ago, even it wasn’t that long which is just half of the paper of new sabah times newspaper, but i really happy for it as, unfortunately i lost the piece of the articles which is sent by the editor to me personally, encouraging me to write more…but, now i am still working out for something to write, and for a few weeks i just manage to write only half page of it but believe it i am not out of idea but its overload! i don’t know where and what to start, i really hope that i can manage to start it somewhere, i guess i should start now. Wish me luck!
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
Melihat sahaja ayat tersebut, pelbagai perkara bermain di minda. Mungkin kali pertama membacanya pelbagai perkara terlintas di fikiran mahupun benak hati, setelah itu kita pastinya berfikir untuk memahami maksud pernyataan tersebut dan sampai juga kita akan membaca pernyataan tersebut dua atau tiga kali, biar sekadar mahu membaca atau juga mahu memahami dengan jelas maksudnya,dan di akhirnya pasti ada diantaranya yang akan terasa ada sesuatu berdetik di dalam hati, sesuatu yang membawa pengertian. Tapi tidak dinafikan ada juga yang hanya membaca dan kemudianya membaca tanpa apa-apa, kerana dia sekadar hanya membaca dan menyebut pernyataan diatas, namun apapun pengertian kepada pernyataan diatas ianya adalah hak individu masing-masing, terpulang pada si pembaca yang hanya membaca ataupun pada si pembaca yang membaca, kemudian melihat, lalu meneliti untuk memahami. Seperti saya, saya mengaku bahawa pernyataan diatas bukanlah lahir dari ilham dan inspirasi saya sendiri, saya secara tidak sengajanya telah melihat pernyataan tersebut, yang hanya ditulis sebaris itu sahaja, tiada sebarang penerangan atau apa-apa penjelasan. Tapi kerana saya telah tertarik hati pada pernyataan tersebut, saya telah membacanya berulang kali, dengan maksud mahu memahami makna tersirat disebaliknya, dan kemudian menjana pemahaman dari kaca mata saya sendiri. (Kepada siapapun yang menulisnya terima kasih tidak terhingga kerana telah memberi saya inspirasi ini)
MULAI DARI DIRI SENDIRI. Sahih, bahawasanya setiapkali kita atau sesiapapun mahu memulai sesuatu perkara bukanlah mudah seperti yang difikirkan, biar untuk perkara terkecil sekalipun. Contohnya saya : Saat saya cuba untuk mula menulis saya totally kekeringan idea, sehinggakan saya cuba untuk menulis diatas kertas namun ianya tetap kosong, setelah beberapa kali mencuba akhirnya saya mampu menulis sebaris perkataan dan selang beberapa minit kemudian saya akhirnya berjaya menulis berbaris-baris lagi. Mungkin ianya tidak seberapa, malah mungkin terlalu kecil untuk dibandingkan dengan maksud perkataan ” mulai dari diri sendiri” . Oleh kerana wujudnya kemahuan untuk menulis maka saya akhirnya dapat untuk menulis. Tapi, tidak semua insan mampu bermula dari diri sendiri untuk perkara terkecil sekalipun, malah dalam keadaan berfikir hanya untuk mengubah nasib diri sendiri sekali pun ada juga yang tidak mampu untuk memulainya, kerana itu kita melihat ada yang masih di takuk lama tercangkuk di situ! kerana apa? kerana si polan itu tidak mampu untuk berfikir untuk memulakan sesuatu perkara dari diri sendiri.
MULAI DARI YANG TERKECIL. Jelas, seperti ayat sebelumnya, maksudnya nampak sama namun maknanya mungkin berbeza (saya katakan mungkin, bukan tidak). Sekali lagi saya mengambil saya sebagai contoh: saya bermula dari pernyataan yang hanya pernyataan semata-mata, kerana saya tertarik pada pernyataan tersebut maka saya bermula, pernyataan ini juga bukannya quotes words yang gah, tapi hanya kerana saya merasakan adanya satu sebab untuk menghuraikan mengikut pemahaman saya maka saya terus saja mengambilnya sebagai alasan untuk saya bercerita untuk ditulis kemudiannya dijadikan bahan untuk bacaan , halwa mata sesiapapun yang singgah di laman ini…jelas, ianya bukan apa-apa, hanya perkara kecil yang lalu menjadi sesuatu yang agak luas untuk dikisahkan, lagi ianya bukan karya agung sesiapa untuk dibahaskan namun ianya tetap menjadi sesuatu, sesuatu yang akhirnya boleh dibaca…Saya juga akui ada juga di kalangan kita yang memang tidak mahu bermula dari perkara terkecil, kerana yang terkecil itu nampak tidak mencabar dan enteng, tapi kita juga tidak akan tahu tahap kemampuan kita berhadapan dengan perkara yang kita anggap tidak mencabar dan enteng tersebut, ukuran kemampuan bukan pada mencabar atau tidaknya perkara tersebut tapi ianya diuji pada sejauh mana kita mampu memulaakan sesuatu yang kecil agar menjadi sebaliknya. Kala ianya telah menjadi sebesar-besar perkara, pastinya saat itu kita akan kembali menyoal dan berbisik pada diri kita sendiri betapa tidak percayanya kita dengan apa yang kita telah mampu lakukan sekarang, juga menyelitkan seribu pujian dan kebanggaan atas kemampuan kita yang kita sendiri tidak menjangkakannya.
MULAI DARI SEKARANG. Nyata, sesuatu yang pada mulanya hanya beberapa baris ayat yang standard nya “biasa-biasa” sahaja, kini telah menjadi satu karangan yang agak panjang untuk diklasifikasi sebagai” biasa-biasa” . Kerana dari perkara kecil kepada pernyataan yang ringkas kini telah ada beberapa perenggan sebagai cerita untuk di publishkan, kerana saya memang mahu untuk menulis dan kemudian akan memaparkan tulisan ini untuk saya sendiri atau kepada sesiapa jua untuk membacanya kelak. ikhlasnya, saya sebenarnya memang telah beberapa minggu tidak menulis kerana saya tidak tahu apa untuk ditulis dan bagaimana untuk memulakannya atau juga mungkin saya memang benar-benar telah kehilangan idea, tapi kerana hari ini saya telah bertekad untuk mem publish kan sekurang-kurang satu perkara dalam blog ini maka akhirnya saya telah berusaha agar saya mampu untuk menulis sesuatu.
-oleh itu, terima kasih kepada sesiapa pun yang telah menulis pernyataan ini dan saya telah melihatnya lalu saya jadikan sesuatu sebagai bahan, juga kepada pernyataan ini kerana saya telah memulakannya sebagai alasan untuk menulis yang kemudiannya menjadi bahan untuk paparan saya kali ini. Semoga inspirasi dan ilham tidak akan surut untuk warkah saya di blog ini.
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
Sekali lagi hari saya agak tercarik apabila seorang teman mengatakan saya telah tersilap mem”post” kan gambar cicak ekor bercabang dlm blog ini, he was saying that, the lizard tail wasn’t bercabang tetapi, kebetulan nya cicak tersebut berada pada kedudukan yang mana ada sesuatu “benda” melekat di dinding tersebut yang mana akhirnya ekor cicak tersebut kelihatan seperti bercabang..sememangnya, saya faham ada jenis manusia yang susah untuk mempercayai sesuatu perkara..namun ingin saya nyatakan bahawa saya juga manusia jenis yang susah untuk mempercayai sesuatu perkara sebelum saya melihatnya atau mengalaminya sendiri dan pastinya saya tidak akan mahu orang lain juga percaya kepada sesuatu perkara yang sepatutnya tidak patut untuk dipercayai, ringkasnya ingin saya katakan saya tidak suka, tidak berminat,tidak mahu,tidak berniat untuk menipu sesiapa dengan gambar tersebut…saya cuma mahu berkongsi dengan semua akan perkara yang saya lihat, even saya tahu ianya adalah benda kecil dan tidak membawa apa-apa pada sesiapa namun ianya bukanlah perkara yang buruk untuk dipamerkan sebagai tontonan ramai…terkilan sedikit rasanya bilamana seorang teman yang dekat, mempersoalkan akan kebenaran sesuatu perkara bilamana saya sedikit pun tidak ada perasaan untuk menipu pandangan dan penglihatan sesiapa yang melihat gambar tersebut…walaupun, saya pastinya tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua “viewers” tapi sekali lagi mau saya kongsikan beberapa gambar dari pelbagai sisi untuk tontonan dan juga untuk perbandingan..kepada semua saya tidak pernah memaksa anda untuk percaya, kerana saya tahu sesiapapun punya hak samada untuk mempercayai mahupun menidakkan imej tersebut, cuma nya ini adalah sekadar sesuatu untuk mata kita melihat dengan “JELAS” apakah ianya benar-benar bercabang atau sebaliknya….

Posted in Uncategorized | 2 Comments »
11 jan o8 -
i just want to share about a funny tail lizard that my brother (irin) seen, i wasn’t realize about it at first, but i finally grab my camera when i saw it clearly..here’s just a bit to be shared…

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
today is the 3rd days i’ve been in my hometown (sabah) with my son…a long journey we had earlier and i guess my son still tired of it but he seem so happy and “teruja” with all new things he seen and done here..and i am glad he feel happy for that, as for me, this is the first time i come back to sabah after move to KL almost a year…and this is just feels good…even my “kampung” is just isn’t that amazing, but it’s just feel relieve to be here. I just happy be here..
Posted in Uncategorized | 2 Comments »