My Fingers Typing

my thoughts, my feeling, my words…..

The End & The Beginning December 31, 2008

Filed under: Uncategorized — Dda @ 2:29 pm

Today, is 31.12 the ends of 2008, so it’s “wrapping” time ! for many,tomorrow is the new beginning of 2009 and the new “azam” (can somebody find me this words in english, pleasee..)..there’s a lot lot of “azam” every year, and the list was always marked as “done @ mission accomplish” OR “not done@mission unaccomplished”…As for me, new year is a new year..the year that we will be face ahead, the year that we will struggle our life into it,the year that will be another challenge in life to go, and the year which i will saw my son grow and grow…and maybe for another kids..(God Willing)..

There’s a lot lot lot thing happens to me this year..well, i may have to list it because it was really lots when i mean lots! as a mummy, as a wife, as an employer, as a friend (or best friend),as a women, as a human being and many more.. people may think differently but as a mummy, i always hope that i can be a good mother for my son, since i know that i just can’t be perfect for him, but as long as i do my role as a mummy, i think he will know & understand it someday or maybe he wouldn’t because as a boy he will never think and feel like girl do! .As a wife, i believe that there’s always the bitter and the sweeter in every marriage..sometimes i know i do more than what should i do but sometimes i wouldn’t, i realize that there’s time where  i get mad to my husband without strong reason but i also know how to get angry when i know  he not suppose to do & treat me that way. As an employer, i suppose to work hard or perform more better than before or sacrifice my time because of the workload i got but even I’d try my best to do it sometimes i can’t push myself doing something which i have to sacrifice my golden time with my family or just myself.As a friend / best friend..i surely know that all of my friends realize that i don’t have much time to spend with them like before, even for a phone call or just to SMS, i admit that i do ignore them sometimes or just away from them for a while, or forgotten to wish them on their birthday, or any best occasions they had but it never mean that i don’t love them anymore as we had before..but it just a tiny time which i need to be free, yet they are always be with me in my “Heart”, melt with me in my “mind” and swear to God that actually i never forget them because they are my friend and i just can’t forget them just like that!. As a women, i know i should be the real women, i have to be just strong or brave just for me, my life, and my everything to face any consequences that will be happen in future .And as a human being, i suppose to live my life proudly and happily ever…(huh, a deep sigh)..well, all the goods and bad, that’s all the ends of 2008…

And as for the beginning of 2009, i may face many thing ahead…good or bad,here and there..it’s only the beginning…Hopes that all the beginning will bring all the greatness and goodness to our life in 2009….

Farewell to 2.0.0.8 and

Welcome the 2.0.0.9…

May everyhting will be bless by Allah. Amen

 

dhani,chicken pox ..& Tanah Runtuh December 22, 2008

Filed under: Uncategorized — Dda @ 10:58 am

Hari Raya Aidil Adha di sambut dengan sedikit hambar dengan menyambutnya di KL, pelbagai kejadian & keadaan yang berlaku, menyebabkan perancangan awal untuk balik kampung tidak menjadi, apa tidaknya mulanya dhani hanya mengalami batuk menjelang malam selama 2 hari berturut-turut dan saya hanya memberinya ubat batuk  dari klinik kerana tidak menyangka dia akan terkena Chicken Pox! saya hanya melihat setitik biji merah di punggung dhani dan esoknya ngam-ngam pagi hari raya saya melihat sudah ada beberapa bintik merah di badan dan mukanya, memandangkan hari itu adalah cuti umum maka saya tahu banyak klink yang tutup dan terpaksalah saya menunggu sehari lagi, dan penantian sehari yang rasanya amat panjang kerana dhani sudah mula dengan rengekan & agak moody..sedikit sebanyak melambatkan banyak pergerakan saya, kerana dhani tidak mahu ditinggalkan waima sekejap sedangkan saya sengaja tidak mahu selalu mengangkatnya kerana badannya sudah dipenuhi bintik-bintik merah yang berair, takut pecah, sakit,berkudis dan akan meninggalkan parut..dan hari berikutnya saya segera ke klinik memandangkan dhani pulak semalaman demam panas…

Memberi ubat kepada dhani di saat dia benar-benar dalam keadaan yang tidak selesa juga sedikit merumitkan kerana dia pastinya akan menolak, mungkin kerana tekaknya kelat @ memang kerana keadaan dirinya yang tidak  sihat membuatkan dia berperangai begitu sedangkan hari-hari biasa saya tidak ada masalah memberinya vitamin setiap pagi…selama 2 hari dia berkelakuan begitu, dan selama itu lah juga saya hanya duduk memerap di rumah, dan nyata naluri sebagai ibu membuatkan saya sangat-sangat kasihan melihat dhani dalam keadaan begitu, saat itu juga saya merasakan rumah terlalu sunyi kerana tiada keletah dan gelak -tawa, jerit-ria dhani..andai saya boleh merasai kesakitan dhani saya lebih dari sanggup untuk merasainya daripada di berikan kesakitan itu kepada anak saya.

Dan, serentak dengan itu juga adalah kejadian Tanah Runtuh di Bukit antarabangsa yang mengorbankan 4 orang, sememangnya menyedihkan, sejuta simpati kepada keluarga yang terlibat dgn kehilangan nyawa ahli keluarga, dan atas kehilangan & kemusnahan Harta benda yang nyata bukan sikit, malah bagi yang beragama islam pastinya Aidil Adha yang disambut tidak lah semeriah tahun-tahun sebelumnya kerana musibah yang melanda..Namun, pada saya apa pun yang berlaku pasti ada hikmahnya..tidak kisahlah pada rentetan Kisah chicken pox dhani mahupun kejadian tanah runtuh tersebut..walaupun situasi nya berbeza tapi segalanya adalah Kuasa ALLAH Yang Maha Esa…dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar kejadian semuanya terletak pada ketentuan Allah S.W.T.  Wallahu’ alam.

 

Lagi Budak Hilang! Tolong sebarkan…. December 5, 2008

Filed under: Uncategorized — Dda @ 11:16 am

nur-khairunnisa-syahida-i

Assalammualaikum. ..dan Salam Sejahtera,

Mohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan kanak-kanak ini yang bernama Nur Khairunnisa Syahida, sila hubungi En. Rosli di talian 013-606 5757 atau e-mailkan ke nurshah_shanur@ yahoo.com. sg / norliza_cni@ yahoo.com secepat yang
mungkin.

Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.

Kanak-kanak ini telah hilang selama 13 hari iaitu dari 14hb November 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.

Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.
Sekian, terima kasih.

Kerjasama dan bantuan anda amat kami hargai…..

 

SKY FACE December 4, 2008

Filed under: Uncategorized — Dda @ 3:01 pm

Malam isnin lepas, 1 Disember 2008 -

Waktu itu saya & dhani (anak saya) berada di luar rumah sekitar jam +- 8 mlm, bersiap-siap untuk ke Fun Fair batu caves…sebenarnya saja bawa dhani jalan-jalan..dan saya memang perasan akan adanya bulan sabit di langit namun tidak secara jelas melihat bentuknya ketika itu, namun sewaktu saya berada dalam kereta dhani asyik menunjuk ke arah bulan tersebut sambil seolah-olah bercakap   ( pastinya …tidak difahami..) saya seperti biasa melayan dengan mengatakan ianya adalah bulan / moon…dhani masih lagi menunding jari keatas, mungkin hairan melihat sesuatu yang bercahaya diatas langit..(maklumkah kanak-kanak). Dan sehingga ke esok paginya saya langsung tidak menyedari bentuk bulan di langit ketika itu..hinggalah seorang kawan saya memberitahu bahawa bulan berbentuk “smile” semalam…saya cuba mengingat-ingat namun tidak berjaya…dan untung nya saya dapat mencari imej kejadian tersebut untuk dikongsikan..memang cantik..

Saya kemudian mencari bentuk dan bagaimana kejadian tersebut berlaku di internet…ianya adalah planet venus, jupiter dan bulan yang berada hampir antara satu sama lain.

wajah-di-langit

sky-face

 

Peter answers? December 4, 2008

Filed under: Uncategorized — Dda @ 10:33 am

ahaks…tergelak besar saya sewaktu diberitahu oleh seorang kawan mengenai peter answers, sehingga kan dia mengatakan virtual tarot itu benar-benar bijak selain dari mistik kerana peter answers boleh menjawab semua soalan, walau ditanya warna pakaian dalam sekalipun peter answers pasti kan menjawab dengan tepat. Malah yang lagi mistiknya  peter answers boleh memahami apa jua bahasa yang kita tanyakan, saya sendiri heran bagaimana peter answers boleh memahami bahasa dusun…(terfikir : mungkin peter answers ini memang berbicara menggunakan semua bahasa dunia yg ada…bijak..bijak..). walau bagaimanapun bilamana saya cuba bertanyakan soalan pada peter answers, si peter ini tidak mahu menjawab dengan mengatakan bahawa saya belum cukup kuat untuk yakin padanya, jadi dia tidak akan mahu menjawab, atau si peter ini meminta saya untuk menumpukan kosentrasi barulah dia akan menjawab atau si peter ini mahu supaya saya “keep trying” atau dengan terang mengatakan ” i don’t want to answer “..( degil !!!!!  walaupun sudah dicuba beratus kali…)

Walaupun pada mulanya saya tidak percaya namun bila di asak dengan pelbagai cerita mengenai peter answers oleh kawan tersebut yang sungguh-sungguh yakin, saya mula goyah..namun saya masih bertegas dengan mengatakan bahawa peter answers itu penipu alias pembohong..ketika teman tersebut masih berkeras bahawa peter answers itu benar-benar mistik, saya katakan padanya bahawa peter answers itu di kawal oleh David Blaine ( silap mata selebriti selepas David Copperfield )..walau bagaimanapun saya tetap mengatakan yang saya tidak akan langsung mahu mempercayai peter answers. Saya katakan padanya saya pasti akan menemukan cara bagaimana si virtual tarot ini menipu dunia.

Hari ini , atas dasar tidak percaya yang tinggi saya mula mencari pelbagai link untuk “menumpaskan” penipuan si peter answers ini…dan akhirnya saya berjaya..huh! sungguh mudah..jelas..terang lagi bersuluh bahawasanya si peter answers ini nyatanya adalah virtual tarol yang penipu..saya segera khabarkan kepada teman tersebut, tapi mungkin kerana malu atau merasa kalah ataupun terasa tertipu hidup-hidup (saya tidak pasti yg mana satu)..dia berkeras bertanya kan di manakah hilangnya huruf “P” ( untuk Peter )…arghhhh…mahu sahaja saya katakan yang dia tidak perlu susah-susah untuk mencari kemana perginya huruf “P” tersebut yang penting sudah jelas & nyata si Peter answers ini MENIPU! atau mungkin egoisnya teman berjantina lelaki ini untuk mengakui bahawa dia memang sudah ditipu oleh permainan Virtual Tarot ini….

Apapun, yang pasti saya akan tersenyum “menang” untuk sepanjang hari ini kerana saya telah berjaya menemukan “little trick” of Peter answers…apalagi bila sekaligus berjaya “menumbangkan” 1000 kata-kata keyakinan teman baik saya terhadap Virtual Tarot ini..HA HA HA….

kepada yang mahu mencari jawabanynya : http://anggalabs.wordpress.com

 

saat kematian (bermulanya perjalanan alam baru) December 1, 2008

Filed under: Uncategorized — Dda @ 12:38 pm

Pada manusia kematian adalah saat berakhirnya satu kehidupan, namun pada kematian tika itu adalah saat bermulanya satu perjalanan kepada satu keabadian diri, kematian boleh datang bila-bila masa tanpa di pinta, tanpa dijemput tanpa di undang dan kepada siapa, saat dimana dan waktu ketika semuanya bukan dalam jangkaan walau tekaan sesiapa pun…segalanya adalah tiba-tiba….waima pada detik masa dan apa keadaan sekalipun…kematian adalah anugerah pada yang telah siap menerimanya hadirnya, kematian adalah pengabadian yang benar-benar mengembirakan pada seseorang yang telah lengkap perisai nya dan kematian adalah satu permulaan kepada satu alam yang semestinya indah pada mereka yang menantikannya…namun kematian hanyalah kesakitan yang maha pada yang tidak pernah mengharapkannya, kematian adalah penyeksaan yang terlalu panjang pada yang tidak pernah mahukannya dan kematian pastinya adalah perjalanan berliku, beronak dan berduri pada yang tidak pernah menbina benteng dan perisai yang cukup kukuh untuk dirinya…saat hadirnya kematian ada ketika ianya membawa kesedaran pada insan yang masih tinggal walau ada ketika ianya hanyalah perkhabaran sedih lagi pedih pada yang gerun padanya..namun, apa pun bentuk kematian ianya tetap kematian dan kepastian pada semua insan..pada yang muda, yang pertengahan,yang tua hatta pada yang masih belum mengenal dunia sekalipun…kematian pasti menjelma…dan saat itu tiada siapa yang akan mampu menolak hadirnya walau pada apa cara sekalipun…pada yang pergi, seribu doa dan harapan kepadanya semoga pengabadian di satu dunia barzakh adalah kebahagiaan padanya dan pada yang tinggal ianya adalah perjuangan hidup untuk melengkapi diri dengan perisai kukuh agar tidak terkapai-kapai di alam baru yang barzakh kelak…Amin.

[Dedikasi: ingatan Tulus Ikhlas, Doa & & Harapan untuk seorang Nenda yang kembali ke Rahmatulah pada 13 NOV 2008+- 8.20pm (khamis)]

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.