My Fingers Typing

my thoughts, my feeling, my words…..

sekadar berharap November 24, 2011

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 11:14 am

hatiku sudah tidak mampu percaya seperti dulu

hanya, sekadar berharap

kalau-kalau aku bisa kembali menabur rasa percaya yang sama padamu

dan jikalau tidak, jangan kau minta dariku

kerana itu bererti aku memang tidak mampu

 

Hingga kini, kita mampu sekadar berharap..agar rasa hati itu bisa kembali sama seperti sebelumnya…

 

Aku Mahu…. September 20, 2011

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 1:59 pm

ihsan : Google

 

Biar aku terus merindu

kerana aku mahu itu..

Biar aku terus menanti

kerana aku juga mahu itu

tika nanti sampai waktu

aku pasti pergi

aku mahu mencari rindu itu..

mahu terus menanti..

kerana aku mahu ridu itu sentiasa disisi

mekar di dalam hatiku selalu…

 

~(200911)Sentul 1:54pm~

 

pujuklah hati.. June 21, 2011

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 11:45 am

Hati…

andal engkau memang mudah terasa..

engkau memang mudah rapuh

Saat berhadapan dengan gembira, hatiku bersukaria, hilang gundah-gulana

tika berhadapan dengan perpisahan, hatiku galang dan bermuram-duka..

 

Kuatlah wahai hati…

biarpun hanya segenggam daging

Tabahlah engkau hati..

walau hanya seketul rasa…

 

jangan kau hiba

jangan kau menangis

sapulah airmatamu

tunjukkan sinar wajahmu…

 

Manusia memang suka menipu diri June 8, 2011

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 12:27 pm

Itulah manusia, memang selalu suka menipu diri sendiri, walaupun kita tahu penipuan itu bukan perbuatan mulia dan tidak memuliakan. Aku seringkali bertemu dengan mereka ini, ada yang hidupnya biasa-biasa tapi tetap masih mahu kelihatan luarbiasa, lalu menipulah dia pada dirinya sendiri, belagak, bergaya, menunjuk, memperlihatkan segala yang termampu, walau sebenarnya perit!

Ada juga yang hidupnya tidak setinggi langit, namun tetap saja mahu kelihatan setinggi angkasa, lalu bersikaplah dia seperti meninggi, bersifatlah dia seperti yang tinggi, hingga dia lupa kedudukan ..dan jatuhnya, terjelopok, menyakitkan!

Ya! manusia memang suka menipu diri, kerana menganggap nama dan pangkat itu sempadan. Manusia akan sentiasa menipu diri kerana melihat kebendaan dan wang ringgit itu ukuran. Tapi manusia kali lupa, mungkin juga alpa, bahawa di sisi-Nya manusia hanyalah manusia, yang dicipta dari segumpal tanah hitam, yang ada bau hamisnya, yang melekit dan tidak berwarna-warni!

Warna manusia ialah bila hatinya itu tulus-ikhlas, wangi manusia ialah bila nuraninya itu lembut dan menyenangkan. Percayalah manusia,penipuan diri-sendiri itu sebenarnya pengkhianatan pada diri-sendiri. Dan pengkhianatan diri sendiri itu menjadikan kita manusia yang ingkar, manusia yang mungkar, manusia yang tidak punya hati perasaan.

 

saat hati mencari remedi June 6, 2011

Filed under: hati berkata — inan115 @ 10:31 am

Beberapa hari ini, hati saya sentiasa merasa gundah, sentiasa merasa tidak senang, sentiasa merasa ragu-ragu..
ada ketika saya merasa keliru, merasa kecewa, merasa tertekan…
dunia memang adakalanya kejam, apabila tidak memberikan perkara terbaik waima kita telah berusaha bersungguh-sungguh..
dunia memang jahat, bila kita berbuat baik tetapi masih tetap dibalas dengan sebaliknya…

Sakit hati?, ya!
kecewa?, memang!
Marah?, tentu sekali!
Benci?, sememangnya!

Mungkin hati mampu mencari remedi,
ubat untuk kesakitan, kekecewaan, kemarahan, kebencian..
dimana adanya remedi itu?

 

Aku Tenang Begini June 3, 2011

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 9:25 am
 

Berkatalah untuk sebuah rindu June 2, 2011

Filed under: hati berkata — inan115 @ 11:20 am

Rinduku..
mahu aku berbisik kepadamu
betapa aku benar-benar kerinduan
dan rinduku itu cuma hanya aku…

Rinduku..
sakit rasanya perasaan
aku mahu terus merindumu
walau aku tahu rinduku tidak berpenghujung

Rinduku..
hatiku sayu
hatiku benar-benar sayu
sayu mengenangkan kerinduanku yang tidak pernah bertepi

Rinduku..
Andai kau bisa menterjemahkan rasa ini
terjemahkanlah dalam bentuk rindu
biar aku tahu dan aku bisa mengerti
rinduku yang tak bertepi ini
Masih ada yang simpati…

 

 
%d bloggers like this: