My Fingers Typing

my thoughts, my feeling, my words…..

September 15, 2008

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 10:07 am

Macam-macam perkara berlaku di bulan ramadhan ini, jumaat lepas 12.09.08 saya menaiki teksi untuk mengambil anak saya ke taska..dan waktu itu sekitar jam 5.40 ptg, saya sedia maklum waktu-waktu puncak seumpamanya pasti jalanraya akan sesak dengan kenderaan dan motorsikal, nasib baik lah  kawasan taska anak saya itu tidaklah jauh daripada stesen LRT tempat saya mendapatkan teksi…sewaktu teksi yang saya naiki melalui jalan sempit di lorong kg. Puah Bahagia, tiba-tiba sebuah motorsikal dari belakang memecut laju, mungkin si penunggang motorsikal ingat dek kerana motorsikalnya itu kecil maka dia boleh menyusup antara teksi tersebut di lorong yang sempit itu, malangnya..si motorsikal tersebut terlanggar side mirror kiri teksi tersebut, pakcik teksi yang saya naiki kemudiannya memperlahankan teksi nya bagi memberi laluan kepada mat motorsikal tersebut…dua tiga kali mat motorsikal menoleh pak teksi tersebut, saya yang kebetulannya duduk di hadapan menterjemahkan pandangan tajam mat motorsikal tersebut begini ” jagalah engkau, tunggulah..kau belum tau lagi aku ni sapa”. Seorang penumpang yang duduk di belakang teksi tersebut berkata “Eleh..nak marah pulak..”,ditujukan kepada mat motorsikal itu. Saya ingatkan adegan itu cuma tamat di situ shj, tapi sewaktu pakcik teksi itu menurunkan penumpang yang bersuara tadi tiba-tiba side mirror kanan pak teksi pulak berdentum..retak…sejurus itu juga saya terperasan motorsikal yang melanggar side mirror pakcik itu adalah orang yang sama di lorong tadi..mat motorsikal itu memeccut dan menoleh sambil senyum-senyum sinis kepada pak teksi..astagfirullah…mengucap saya dalam hati…pak teksi yang berkopiah hanya menggeleng walaupun tenang, mungkin situasi begini sudah acap kali dialami oleh si pak teksi…saya yang dari tadi hanya diam walaupun saya terkejut…nampaknya di bulan baik, hari baik ni pun masih tidak mampu mengubah hati dan perasaan makhluk tuhan yang bergelar manusia…. semoga makhluk yang bersikaf daif seumpamanya hanyalah segelintir sahaja daripada makhluk berhati mulia yang ada….amin

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s