My Fingers Typing

my thoughts, my feeling, my words…..

raya..oh..raya.. September 19, 2008

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 10:19 am

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri..dan bagi saya “Cuti umum” pada 1 & 2 okt ni adalah hari yang memang dinanti-nantikan…seronoknya cuti!!!! (tak sabar rasanya)..dan semestinya setiap kali menjelangnya hari raya ianya sinonim dengan kesibukan di sana-sini…hari rabu lepas, saya sengaja mengambil cuti untuk membeli-belah bagi persiapan raya..kebetulannya hari itu adalah hari lawatan ke klinik untuk dhani…meronda-ronda di Jalan T.A.R memang meletihkan..(w/pun saya tidak berpuasa..:) ) selain dari orang ramai yang bersesak-sesak…jerit pekik peraih yang berkumandang menambahkan lagi kesesakan di jan T.A.R..(ruginya saya tidak bawa kamera..boleh tgk sama-sama..) saya yang pada mulanya beria-ia survey baju raya sana-sini mula give up, bilamana dhani mula bosan..dengan berat 9.1kg pastinya saya tidak betah untuk mendukung dhani lama-lama..sebenarnya mencari baju melayu dhani lah yang paling susah, dengan pilihan warna yang tidak pelbagai dan saiz yang kecil kami terpaksa berpusing 2-3 kali untuk membuat perbandingan…alhamdulillah…akhirnya terjumpa juga..yang berwarna maroon..walaupun saya sendiri belum ada baju raya tapi dengan kepanasan yang semakin hangat dan bilamana saya terlihat seorang remaja yang semput dan pitam di jaga dengan dikipas dan dipangku oleh 2-3 rakannya, dengan dhani yang semakin susah dikawal saya akhirnya mengambil keputusan untuk balik takut-takut terjadi perkara yang serupa pada saya atau dhani dek kerana terlalu sesak, sememangnya inilah rutin sebelum menyambut raya di K.L..jalan raya yang jam sehinggakan ada yang bertikam lidah sesama pemandu dek kerana kesesakan yang melampau..pasaraya yang penuh dengan selautan manusia..tren yang penuh sesak setiap petang di bulan ramadhan..taxi yang berebut-rebut penumpang nya…pasar ramadhan yang di banjiri pelbagai bangsa manusia dengan pelbagai karenah….dan pelbagai macam lagi ragam dan perkara menjelang syawal…emmm…walau apa pun, rutin yang sedemikian rupa sudah menjadi kebiasaan di sini..dan harapan saya cuma satu ketika ini..mintak-mintak lah saya berjumpa baju raya untuk saya secepatnya dan pastinya saya akan terpaksa meredah selautan manusia sekali lagi untuk mendapatkan hanya sepasang baju raya untuk di pakai pada pagi raya nanti… 🙂

Selamat “Bershopping” Raya……

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s