My Fingers Typing

my thoughts, my feeling, my words…..

Diam!!! September 24, 2008

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 5:03 pm

Kalau dulu dia riang berbicara…

kerana bicara itu mendatangkan gembira padanya

kalau dulu dia galak berkata-kata

kerana kata-kata itu mengirangkan harinya

kalau dulu hujah nya bersulam ceria

kerana hujah nya mengamit gelak tawa

kalau dulu tutur nya bersahaja

kerana tutur nya mengundang rasa kasih sayang padanya

namun kini..

bicara riang padanya telah tumpas

kata galak padanya telah padam

hujah ceria padanya telah tumpul

dan tutur bersahajanya telah bisu

bicaranya tumpas kerana mulutnya dipaksa diam

katanya padam kerana lidahnya disuruh diam

hujahnya tumpul kerana suaranya diperintah diam

dan tuturnya bisu kerana ucapnya diarah diam

hatinya di tanya mengapa bicaranya tumpas

dan dijawab oleh hati kerana dia dipaksa

jiwanya diaju mengapa katanya padam

dan dijawab oleh jiwa kerana dia dikerah

raganya di soal mengapa hujahnya tumpul

dan dijawab oleh rasa kerana dia diarah

nuraninya diseru mengapa tuturnya bisu

dan dijawab oleh raga kerana dia disuruh

mana pergi dirinya yang dulu riang

mana hilang dirinya yang dulu galak

mana arah dirinya yang dulu ceria

mana jejak dirinya yang dulu bersahaja

Dia…riangnya di ragut dari bicaranya

Dia…galaknya dirampas dari kata-katanya

Dia… cerianya direnggut dari hujahnya

Dia…bersahajanya direntap dari tuturnya

Saat ini dia masih disudut itu menangis….

Mahu mengadu pada yang simpati namun dia di kejauhan

Mahu menagih pada yang kasih namun dia dipinggirkan

Mahu meminta pada yang tulus namun dia tidak tergapai

Mahu merayu pada yang ikhlas namun dia tidak tersentuh…

Benarkah begini nasibnya kini

Benarkah ini takdirnya sekarang

Mungkinkah ini kisahnya ketika ini

Mungkinkah begini ceriteranya sampai mungkin?

Saat ini dia masih di sudut itu menangis….

Mengharap pada hadirnya kasih..

Menunggu pada tibanya sayang

Menanti pada datangnya belai

Biar sekadar cuma mengembalikan kisah gembira padanya…

( Didedikasikan kepada hati, jiwa dan perasaan yang menyulam rasa..ceritera untuk raga yang memintal manis dan pahit nya kesedihan…moga dikembalikan semula semua ceria satu ketika dulu…)

Advertisements
 

3 Responses to “Diam!!!”

  1. Dayana Batrisya Says:

    Krisis Ekonomi Global Masa Kini

    Ekonomi adalah kunci kehidupan masyarakat. Tanpa ekonomi yang kukuh pastinya kehidupan berada dalam situasi yang kucar-kacir. Pada masa kini, negara kita sedang dilanda kegawatan ekonomi walaupun tak seteruk negara lain.Tetapi yang pasti tempiasnya akan kita rasai jua.
    Keadaan politik dalaman negara baru mula reda tetapi pimpinan Pak Lah terus diuji dengan krisis ekonomi dunia. Mampukah kita bertahan. Setakat manakah keyakinan kita terhadap jaminan BNM yang mengatakan deposit security negara mampu diberikan sehingga disember 2010.

  2. Di keheningan malam ini, kesayuan hati ku rawati untuk melayari internet. Dalam hati ini timbul pula dilema antara DIAM atau BERBICARA. Kedua-duanya mempunyai pro dan kontranya……..

    Diam itu adalah lebih baik daripada berkata-kata…….. demikianlah senjata terbaik bagi setiap insan. Ini kerana insania sememangnya sukar untuk menginterpretasikan minda seseorang.
    Berkata-kata
    Berdiskusi
    Berdebat
    Bertukar pemikiran
    Bertukar pemahaman
    Bertukar isi hati
    Berduka
    Berkecil hati
    Berfikir semula
    Berhenti haluan
    Berdiam diri
    Barangkali lebih baik berdiam diri
    Daripada berinteraksi tanpa hati yang jernih
    Tanpa fikiran yang terbuka
    Tanpa naluri yang suci
    Kenapa kadang demikian sulitnya melepas pemikiran sendiri
    Mencuba berfikir dan melihat dari sisi bebas agar ia lebih realistik
    Bebas dari rasa
    Bebas dari kesimpulan yang terbentuk bahkan sebelum mulai bicara
    Bebas dari amarah
    Sudahlah
    Memang tiap kali bicara menjadi lebih baik
    Tiap kali diskusi membuat masalah lebih terungkai
    Kadang berdiam dan menahan diri jauh lebih baik

    NATIJAHNYA….
    Diam dan berbicara itu cukup simbolik bagi tiap insania
    Segalanya ada padanya
    Renung-renung dan fikir-fikirlah…

  3. dida80 Says:

    thanx…very interesting bro!
    thumbs up for u my bro…!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s