My Fingers Typing

my thoughts, my feeling, my words…..

selayaknya untuk dibenci October 26, 2008

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 11:03 pm

Selalunya manusia mempunyai sesuatu sebab untuk membenci seseorang, walauapaun alasan nya untuk membenci itu adalah hak setiap manusia untuk membenci. Kadang-kadang kita membenci seseorang kerana perangainya, kadang-kadang juga adalah kerana kegemarannya, kadang-kadang adalah kerana kata-katanya, kadang-kadang adalah hanya kerana iri hati padanya..dan pelbagai alasan lagi…tapi selalunya kita membenci seseorang itu bila dia telah melakukan sesuatu perkara yang benar-benar menyakitkan hati kita yang membuatkan kita tidak akan lupa pada perbuatannya…Kebencian pada seseorang itu boleh berlaku pada sesiapa sahaja..kepada kawan sepejabat, kepada jiran sebelah rumah, kepada sahabat karib yang kini telah menjadi seteru, kepada suami bagi bekas isteri malahan kepada orang-orang terdekat sekalipun…terpulang lah kepada kita untuk membenci seseorang itu setara mana perilaku nya kepada kita sebelumnya…mungkin natijahnya bila kita membenci seseorang kita akan rasa muak dan meluat bukan setakat melihat orang itu malahan hanya mendengar suaranya sahaja sudah mengundang kemarahan pada kita apalagi bila melihat  wajahnya dan dengan perangai yang menjengkelkan sudah cukup untuk menambahkan sakit hati yang sedia ada…tapi ada juga manusia yang tidak patut dibenci iaitu apabila seseorang itu berbuat baik bukan hanya pada kita tapi pada sesiapapun…namun kadang-kadang kebencian boleh bertukar pada kasih sayang dan saling menyenangi selalunya ianya terjadi bila ada kemaafan hadir dalam hati,

Walaubagaimanapun, bilamana kita akan senantiasa disakiti oleh seseorang..walau apapun kita lakukan hanya untuk mengelakkan timbulnya kebencian dan kemarahan dalam hati tapi perkara menyakitkan akan sentiasa timbul dek kerana sikap seseorang itu yang tidak mahu berubah adalah selayak nya untuk dibenci

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s