My Fingers Typing

my thoughts, my feeling, my words…..

Peter answers? December 4, 2008

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 10:33 am

ahaks…tergelak besar saya sewaktu diberitahu oleh seorang kawan mengenai peter answers, sehingga kan dia mengatakan virtual tarot itu benar-benar bijak selain dari mistik kerana peter answers boleh menjawab semua soalan, walau ditanya warna pakaian dalam sekalipun peter answers pasti kan menjawab dengan tepat. Malah yang lagi mistiknya  peter answers boleh memahami apa jua bahasa yang kita tanyakan, saya sendiri heran bagaimana peter answers boleh memahami bahasa dusun…(terfikir : mungkin peter answers ini memang berbicara menggunakan semua bahasa dunia yg ada…bijak..bijak..). walau bagaimanapun bilamana saya cuba bertanyakan soalan pada peter answers, si peter ini tidak mahu menjawab dengan mengatakan bahawa saya belum cukup kuat untuk yakin padanya, jadi dia tidak akan mahu menjawab, atau si peter ini meminta saya untuk menumpukan kosentrasi barulah dia akan menjawab atau si peter ini mahu supaya saya “keep trying” atau dengan terang mengatakan ” i don’t want to answer “..( degil !!!!!  walaupun sudah dicuba beratus kali…)

Walaupun pada mulanya saya tidak percaya namun bila di asak dengan pelbagai cerita mengenai peter answers oleh kawan tersebut yang sungguh-sungguh yakin, saya mula goyah..namun saya masih bertegas dengan mengatakan bahawa peter answers itu penipu alias pembohong..ketika teman tersebut masih berkeras bahawa peter answers itu benar-benar mistik, saya katakan padanya bahawa peter answers itu di kawal oleh David Blaine ( silap mata selebriti selepas David Copperfield )..walau bagaimanapun saya tetap mengatakan yang saya tidak akan langsung mahu mempercayai peter answers. Saya katakan padanya saya pasti akan menemukan cara bagaimana si virtual tarot ini menipu dunia.

Hari ini , atas dasar tidak percaya yang tinggi saya mula mencari pelbagai link untuk “menumpaskan” penipuan si peter answers ini…dan akhirnya saya berjaya..huh! sungguh mudah..jelas..terang lagi bersuluh bahawasanya si peter answers ini nyatanya adalah virtual tarol yang penipu..saya segera khabarkan kepada teman tersebut, tapi mungkin kerana malu atau merasa kalah ataupun terasa tertipu hidup-hidup (saya tidak pasti yg mana satu)..dia berkeras bertanya kan di manakah hilangnya huruf “P” ( untuk Peter )…arghhhh…mahu sahaja saya katakan yang dia tidak perlu susah-susah untuk mencari kemana perginya huruf “P” tersebut yang penting sudah jelas & nyata si Peter answers ini MENIPU! atau mungkin egoisnya teman berjantina lelaki ini untuk mengakui bahawa dia memang sudah ditipu oleh permainan Virtual Tarot ini….

Apapun, yang pasti saya akan tersenyum “menang” untuk sepanjang hari ini kerana saya telah berjaya menemukan “little trick” of Peter answers…apalagi bila sekaligus berjaya “menumbangkan” 1000 kata-kata keyakinan teman baik saya terhadap Virtual Tarot ini..HA HA HA….

kepada yang mahu mencari jawabanynya : http://anggalabs.wordpress.com

Advertisements
 

4 Responses to “Peter answers?”

  1. zuhe Says:

    hi, thank for visiting my blog, visit my other blog at http://liverpudlian4ever.multiply.com

    best regard,

  2. iepa Says:

    penah dgr ka ceta david blaine bt magic gkL taun lalu2,
    tp yg herannya nda jadi plak magic dia d bumi malaysia,
    dia pn pulng dgn prasaan yg sgt malu dan heran,
    mau tau apa sebabnya??
    satu hari us Harun din jln2 mgelilingi kL,smpi di satu tmpt dia t’nmpk
    jin di ats bumbung di mana David blaine bt SHOW,
    dia dgn rsa t’kezutt sedkit smbl mbaca DOA2 tuk mhalau si jin td,
    dgn serta merta jin 2 pn lari dan tb2 plak magic david nda jadi..ko rsa ada kaitan ka 2??
    kalo bg syla mmg ada oo..mn ada manusia yg punya kuasa mnandigi kuasa tuhan.
    yg ada hnya manusia yg bodoh dan jahil tp dicorkkn mgikut wrna wrni DUNIA..uhmmm

    • dida80 Says:

      tdk pernah dgr pula..
      tapi kalau tanya saya, apa saja yang mencabar kuasa Allah itu bohong.
      yang saya pasti, saya percaya David Blaine adalah “ahli silap mata”, maka, maksudnya mata tersilap dan terlepas pandang
      bukan sebab dia itu great magician dan perlu disanjung…he’s just an ordinary jews man, yg hobinya adalah “bersilap mata”…
      orang biasa yang pandai memanipulasi keadaan dan minda.

  3. soufi bin genda Says:

    pe warna pkaian soufi mlm ni


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s