My Fingers Typing

my thoughts, my feeling, my words…..

dhani,chicken pox ..& Tanah Runtuh December 22, 2008

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 10:58 am

Hari Raya Aidil Adha di sambut dengan sedikit hambar dengan menyambutnya di KL, pelbagai kejadian & keadaan yang berlaku, menyebabkan perancangan awal untuk balik kampung tidak menjadi, apa tidaknya mulanya dhani hanya mengalami batuk menjelang malam selama 2 hari berturut-turut dan saya hanya memberinya ubat batuk  dari klinik kerana tidak menyangka dia akan terkena Chicken Pox! saya hanya melihat setitik biji merah di punggung dhani dan esoknya ngam-ngam pagi hari raya saya melihat sudah ada beberapa bintik merah di badan dan mukanya, memandangkan hari itu adalah cuti umum maka saya tahu banyak klink yang tutup dan terpaksalah saya menunggu sehari lagi, dan penantian sehari yang rasanya amat panjang kerana dhani sudah mula dengan rengekan & agak moody..sedikit sebanyak melambatkan banyak pergerakan saya, kerana dhani tidak mahu ditinggalkan waima sekejap sedangkan saya sengaja tidak mahu selalu mengangkatnya kerana badannya sudah dipenuhi bintik-bintik merah yang berair, takut pecah, sakit,berkudis dan akan meninggalkan parut..dan hari berikutnya saya segera ke klinik memandangkan dhani pulak semalaman demam panas…

Memberi ubat kepada dhani di saat dia benar-benar dalam keadaan yang tidak selesa juga sedikit merumitkan kerana dia pastinya akan menolak, mungkin kerana tekaknya kelat @ memang kerana keadaan dirinya yang tidak  sihat membuatkan dia berperangai begitu sedangkan hari-hari biasa saya tidak ada masalah memberinya vitamin setiap pagi…selama 2 hari dia berkelakuan begitu, dan selama itu lah juga saya hanya duduk memerap di rumah, dan nyata naluri sebagai ibu membuatkan saya sangat-sangat kasihan melihat dhani dalam keadaan begitu, saat itu juga saya merasakan rumah terlalu sunyi kerana tiada keletah dan gelak -tawa, jerit-ria dhani..andai saya boleh merasai kesakitan dhani saya lebih dari sanggup untuk merasainya daripada di berikan kesakitan itu kepada anak saya.

Dan, serentak dengan itu juga adalah kejadian Tanah Runtuh di Bukit antarabangsa yang mengorbankan 4 orang, sememangnya menyedihkan, sejuta simpati kepada keluarga yang terlibat dgn kehilangan nyawa ahli keluarga, dan atas kehilangan & kemusnahan Harta benda yang nyata bukan sikit, malah bagi yang beragama islam pastinya Aidil Adha yang disambut tidak lah semeriah tahun-tahun sebelumnya kerana musibah yang melanda..Namun, pada saya apa pun yang berlaku pasti ada hikmahnya..tidak kisahlah pada rentetan Kisah chicken pox dhani mahupun kejadian tanah runtuh tersebut..walaupun situasi nya berbeza tapi segalanya adalah Kuasa ALLAH Yang Maha Esa…dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar kejadian semuanya terletak pada ketentuan Allah S.W.T.  Wallahu’ alam.

Advertisements
 

2 Responses to “dhani,chicken pox ..& Tanah Runtuh”

  1. Lee Says:

    rasanya budak2 memang g2.apalagi dia tahu yang kita sayangakan dia brabis.masa ni la dia nk manja2.sebab dia tahu kita tetap akan layan dia.kita memang tdk sampai hati untuk marah apalagi kecil hati dengan kelakukanya…cian dhani kan macam nk ikut ja nangis time di nangis tu kan!!!

    • dida80 Says:

      tapi parut cken pox dhani banyak baa, tepaksa la sy beli vitamin E utk kulit dia…ntah, nampak mcm tiada perubahan pun….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s