My Fingers Typing

my thoughts, my feeling, my words…..

Mulai dari diri sendiri. Mulai dari yang terkecil. Mulai dari sekarang January 30, 2009

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 2:19 pm

Melihat sahaja ayat tersebut, pelbagai perkara bermain di minda. Mungkin kali pertama membacanya pelbagai perkara terlintas di fikiran mahupun benak hati, setelah itu kita pastinya berfikir untuk memahami maksud pernyataan tersebut dan sampai juga kita akan membaca pernyataan tersebut dua atau tiga kali, biar sekadar mahu membaca atau juga mahu memahami dengan jelas maksudnya,dan di akhirnya pasti ada diantaranya yang akan terasa ada sesuatu berdetik di dalam hati, sesuatu yang membawa pengertian. Tapi tidak dinafikan ada juga yang hanya membaca dan kemudianya membaca tanpa apa-apa, kerana dia sekadar hanya membaca dan menyebut pernyataan diatas, namun apapun pengertian kepada pernyataan diatas ianya adalah hak individu masing-masing, terpulang pada si pembaca yang hanya membaca ataupun pada si pembaca yang membaca, kemudian melihat, lalu meneliti untuk memahami. Seperti saya, saya mengaku bahawa pernyataan diatas bukanlah lahir dari ilham dan inspirasi saya sendiri, saya secara tidak sengajanya telah melihat pernyataan tersebut, yang hanya ditulis sebaris itu sahaja, tiada sebarang penerangan atau apa-apa penjelasan. Tapi kerana saya telah tertarik hati pada pernyataan tersebut, saya telah membacanya berulang kali, dengan maksud mahu memahami makna tersirat disebaliknya, dan kemudian menjana pemahaman dari kaca mata saya sendiri. (Kepada siapapun yang menulisnya terima kasih tidak terhingga kerana telah memberi saya inspirasi ini)

MULAI DARI DIRI SENDIRI. Sahih, bahawasanya setiapkali kita atau sesiapapun mahu memulai sesuatu perkara bukanlah mudah seperti yang difikirkan, biar untuk perkara terkecil sekalipun. Contohnya saya : Saat saya cuba untuk mula menulis saya totally kekeringan idea, sehinggakan saya cuba untuk menulis diatas kertas  namun ianya tetap kosong, setelah beberapa kali mencuba akhirnya saya mampu menulis sebaris perkataan dan selang beberapa minit kemudian saya akhirnya berjaya menulis berbaris-baris lagi. Mungkin ianya tidak seberapa, malah mungkin terlalu kecil untuk dibandingkan dengan maksud perkataan ” mulai dari diri sendiri” . Oleh kerana wujudnya kemahuan untuk menulis maka saya akhirnya dapat untuk menulis. Tapi, tidak semua insan mampu bermula dari diri sendiri untuk perkara terkecil sekalipun, malah dalam keadaan berfikir hanya untuk mengubah nasib diri sendiri sekali pun ada juga yang tidak mampu untuk memulainya, kerana itu kita melihat ada yang masih di takuk lama tercangkuk di situ! kerana apa? kerana si polan itu tidak mampu untuk berfikir untuk memulakan sesuatu perkara dari diri sendiri.

MULAI DARI YANG TERKECIL. Jelas, seperti ayat sebelumnya, maksudnya nampak sama namun maknanya mungkin berbeza (saya katakan mungkin, bukan tidak).  Sekali lagi saya mengambil saya sebagai contoh: saya bermula dari pernyataan yang hanya pernyataan semata-mata, kerana saya tertarik pada pernyataan tersebut maka saya bermula, pernyataan ini juga bukannya quotes words yang gah, tapi hanya kerana saya merasakan adanya satu sebab untuk menghuraikan mengikut pemahaman saya maka saya terus saja mengambilnya sebagai alasan untuk saya bercerita untuk ditulis kemudiannya dijadikan bahan untuk bacaan , halwa mata sesiapapun yang singgah di laman ini…jelas, ianya bukan apa-apa, hanya perkara kecil yang lalu menjadi sesuatu yang agak luas untuk dikisahkan, lagi ianya bukan karya agung sesiapa untuk dibahaskan namun ianya tetap menjadi sesuatu, sesuatu yang akhirnya boleh dibaca…Saya juga akui ada juga di kalangan kita yang memang tidak mahu bermula dari perkara terkecil, kerana yang terkecil itu nampak tidak mencabar dan enteng, tapi kita juga tidak akan tahu tahap kemampuan kita berhadapan dengan perkara yang kita anggap tidak mencabar dan enteng tersebut, ukuran kemampuan bukan pada mencabar atau tidaknya perkara tersebut tapi ianya diuji pada sejauh mana kita mampu memulaakan sesuatu yang kecil agar menjadi sebaliknya. Kala ianya telah menjadi sebesar-besar perkara, pastinya saat itu kita akan kembali menyoal dan berbisik pada diri kita sendiri betapa tidak percayanya kita dengan apa yang kita telah mampu lakukan sekarang, juga menyelitkan seribu pujian dan kebanggaan atas kemampuan kita yang kita sendiri tidak menjangkakannya.

MULAI DARI SEKARANG. Nyata, sesuatu yang pada mulanya hanya beberapa baris ayat yang standard nya “biasa-biasa” sahaja, kini telah menjadi satu karangan yang agak panjang untuk diklasifikasi sebagai” biasa-biasa” . Kerana dari perkara kecil kepada pernyataan yang ringkas kini telah ada beberapa perenggan sebagai cerita untuk di publishkan, kerana saya memang mahu untuk menulis dan kemudian akan memaparkan tulisan ini untuk saya sendiri atau kepada sesiapa jua untuk membacanya kelak. ikhlasnya, saya sebenarnya memang telah beberapa minggu tidak menulis kerana saya tidak tahu apa untuk ditulis dan bagaimana untuk memulakannya atau juga mungkin saya memang benar-benar telah kehilangan idea, tapi kerana hari ini saya telah bertekad untuk mem publish kan sekurang-kurang satu perkara dalam blog ini maka akhirnya saya telah berusaha agar saya mampu untuk menulis sesuatu.

-oleh itu, terima kasih kepada sesiapa pun yang telah menulis pernyataan ini dan saya telah melihatnya lalu saya jadikan sesuatu sebagai bahan, juga kepada pernyataan ini kerana saya telah memulakannya sebagai alasan untuk menulis yang kemudiannya menjadi bahan untuk paparan saya kali ini. Semoga inspirasi dan ilham tidak akan surut untuk warkah saya di blog ini.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s