My Fingers Typing

my thoughts, my feeling, my words…..

Pelajaran yang menjadi pengajaran.. May 26, 2009

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 5:41 pm

salam,

Setelah sekian lama saya “berehat” dari menulis dalam blog ini dek  kesibukan dalam melaksanakan tugasan harian, dimana beberapa bulan lepas saya kerap dihantar untuk bertugas luar daerah juga rutin harian yang agak membebankan, waima saya tahu itu bukan alasan terbaik kerana saya akui setiap yang bergelar manusia pasti ada silap serba -serbinya dan Alhamdulillah, hari ini kehendak hari saya kuat mahu menulis, mahu bercerita mengenai satu kisah yang memberi kesan terhadap diri saya, mungkin bunyinya seperti luahan hati tapi ianya adalah gumpalan dari pelbagai corak perasaan yang saya rasai saat ini.

Rasanya agak kekok untuk memulakan, tapi biarlah saya mulakan dengan begini : kisah ini adalah mengenai cerita seorang anak perempuan dan ayahnya, walaupun bukan mengenai saya namun saya berperanan sebagai pelengkap kepada perjalanan cerita ini, saya namakan anak perempuan itu sebagai ” anak itik “, kerana apa? kerana itik mempunyai ciri-ciri unik seorang perempuan iaitu berjalan melenggang-lenggang, selain dari itik  yang terlalu dekat dengan ciri-ciri wanita yang manja, comel, cantik, bersih dan disukai ramai, si ayah pulak saya namakan sebagai “abuya” kerana watak ayah yang agak garang agak alim dan juga agak bijak dalam berkata-kata.

Alkisahnya, keluarga abuya adalah sebuah keluarga yang sederhana dengan anggota keluarga seramai 9 orang termasuk si abuya & isterinya, kehidupan mereka juga bahagia dan gembira, walau ada sedikit ribut taufan namun abuya masih dapat  mempertahankan keadaan keluarganya, sebagai seorang yang agak warak si abuya sentiasa mengingatkan anak-anaknya agar tidak melupakan Allah dalam apa  jua keadaan malah si abuya telah menetapkan malam jumaat adalah hari untuk mereka sekeluarga membaca  Quran…(kelihatan sungguh sempurna)

Tragedi bermula, bila si anak itik ini meningkat dewasa, sebagai anak yang dibesarkan dalam suasana berorientasikan keagamaan, anak itik membesar sebagai seorang  gadis yang penuh sopan santun & amat pemalu, hinggakan untuk mendengar suara nya pun terlalu susah. Abuya pula dalam mendidik anak-anak yang semakin meningkat dewasa si abuya juga tidak lupa pada kemodenan teknologi lalu mengambil keputusan untuk membelikan telefon dan melanggan internet untuk kegunaan anak-anaknya. Rupaya saat itu adalah hari permulaan pada kemusnahan kepada peribadi dan tingkah laku si anak itik. Saya bukannya menyalahkan modenisasi yang dibawa masuk oleh abuya kedalam rumah mereka sebagai titik tolak pemusnah si anak itik tetapi saya juga mempersoalkan akhlak dan integriti si anak itik yang kelihatannya baik tapi rupanya tanpa diketahui oleh sesiapa dan dalam diam2 dia telah berjaya menjalin cinta dengan rakan sembang secara maya, maka bermula lah adegan-adegan berasmaradana si anak itik dengan “si jejaka maya” tanpa berjaya dihidu oleh si abuya, sangkanya anaknya ini adalah anak terbaik yang dia ada, malah yang paling baik dan paling hebat.

Sehinggalah adegan asmaradana, cumbu rayu si jejaka maya yang selama ini hanya di laman sembang di panjangkan dengan kisah berbalas-balas SMS dan perbualan telefon, sekali lagi saya melihat modenisasi memainkan peranan terbaik, namun saya masih tetap mempersoalkan akhlak dan integriti si anak itik yang di besarkan dalam lingkungan keagamaan kerana goyah dan rapuh dek hanya kerana dugaan kata -kata semanis gula sang jejaka maya.

Dan lebih kurang selama 7 bulan si abuya ini masih tidak dapat menghidu gerak-geri si anak itik, sehinggalah si anak itu yang selama ini terbuai dengan rindu dendam kepada si jejaka maya memutuskan untuk bertemu dan bertentang secara empat mata…wah, perasaan si anak itik berbunga-bunga dan tidak sabar menanti detik itu, laksana pengantin perempuan yang menantikan mempelai lelaki di malam pertama. Lantas, pabila tiba detik yang dinanti-nantikan akhirnya tanpa berbelah bagi kerana sudah tidak mampu menanggung beban asmara yang setinggi everest maka si anak itik kemudian nya bertekad untuk menemui si jejaka maya tidak kira apa sekalipun sehinggalah sanggup menipu si abuya dan isterinya, kononnya sahabat baik si anak itik telah mengalami kecelakaan dan kini nyawa-nyawa ikan maka sekiranya dia tidak dapat bertemu sahabat baiknya itu maka si anak itik pasti akan menyesal seumur hidup atas kehilangan sahabat baiknya…sedikit demi sedikit rupa dan hati budi sebenar si anak itik ini semakin terserlah…namun si abuya tetap beranggapan si anak itik adalah anaknya yang paling baik peri lakunya.

Hatta, hari yang telah dijanjikan telah tiba dan si anak itik dengan penuh rasa gembira dan bahagia dan tanpa rasa bersalah kerana menipu kedua orang tuanya keluar berjumpa dengan si jejaka maya yang sedia menanti, maka, dek kerana terlalu memendam rasa rindu dendam yang telah sekian lama terjalin di laman sembang akhirnya si anak itik telah merelakan dirinya untuk di nikmati oleh si jejaka maya, kerana cinta yang menggunung si anak itik telah menyerahkan satu-satunya kehormatan kegadisan nya kepada si jejaka maya, yang rupanya telah berkahwin dan beristeri dua…(sadis,sadis). namun kerana cinta yang mendalam dan yakin keagungan cinta (kononya) dan pujuk rayu si jejaka maya maka dengan rela dan hati terbuka si anak itik menerima kenyataan itu malah bersedia untuk menjadi isteri ketiga (hah..hah..hah)

lalu, dengan rasa puas hati kerana mendapat layanan berkali-kali dari si jejaka maya dan tanpa rasa sedikitpun rasa berdosa si anak itik pun pulang kerumah dan saat terjadinya perbuatan terkutuk tersebut si abuya yang masih tidak mengetahui apa-apa masih mengagungkan anaknya yang seorang ini. Dan si anak itik yang dungu dan bodoh ini rupanya tidak menyedari si jejaka maya itu sanggup membelanjakan duit untuk bertemu dengannya hanya semata-mata untuk melampiaskan nafsunya pada si pucuk muda yang baru nak mekar, sangka si anak itik, si jejaka maya sanggup berabis wang ringgit hanya kerana cintanya pada si anak itik itu..(kesiannya..)

Dipendekkan cerita, akhirnya satu malam tercetus perbalahan besar antara si abuya dan si anak itik, penyebabnya adalah bila si anak itik mahu mengajak si jejaka maya datang berjumpa si abuya, lalu, si abuya yang selama ini mengharapkan perkara terbaik daripada si anak itik tidak dapat menerima hakikat anaknya yang selama ini bersopan santun tega menyakiti hatinya hanya kerana penangan seorang lelaki. Ketegangan yang timbul itu semakin panas bila si anak itik lalu lari keluar dari rumah untuk mengikut si jejaka maya kembali ke ibu kota…saat ini akhirnya si abuya sedar bahawa anak nya yang seorang ini bukanlah yang terbaik malah jelaslah hati si anak itik ini rupanya hitam legam sehitam kulit nya.

aduh, rasanya untuk menceritakan semuanya dalam satu saat memang tidak boleh, maka biarlah ceritera ini berakhir di sini sahaja dahulu, tapi tetap akan bersambung di lembaran lain………kepada  yang membaca, terima kasih..kepada yang terasa, berfikir dan sila lah berubah…sesungguhnya bumi Tuhan ini sentiasa ada ruang untuk memperbetulkan kesilapan diri..

* sambungan ke part II, klik SINI

Advertisements
 

2 Responses to “Pelajaran yang menjadi pengajaran..”

  1. iepa Says:

    uhu..haiiee..sy praktikal ni skrng,slalu jgk on9..
    xtau g mau bka pa tba2 t’igt blog yg ko bg sy ari 2..
    bnyk suda ni karya2 hebat ko..he2.
    best plak bca ceta c ank itik n abuya nie,tp bla mau smbng..
    mau tau pa ending dia..ahaha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s