My Fingers Typing

my thoughts, my feeling, my words…..

Pelajaran yang menjadi Pengajaran Part.II June 12, 2009

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 5:14 pm

Salam,

sekali lagi hari ini saya berjaya mencuri sedikit ruang waktu untuk menyambung kisah ini ke episod ke-2, memang lazimnya bila mahu memulakan sesuatu itu pastinya sedikit sukar kerana idea tidak datang sekaligus, tapi setelah mendapat respon yang agak memberangsangkan maka saya bersemangat untuk menyambung semula hikayat Anak itik dan abuya tersebut.

Maka, setelah si anak itik itu dengan nekad melarikan diri mengikuti kekasihnya yang dulu adalah jejaka maya tapi selepas bertemu dan setelah mengetahui status si jejaka maya yang sekarang ini adalah si Setan boroi yang juga berkulit hitam selegam si anak itik. Tanpa memikirkan dosa pahala bahana pujuk rayu cinta si Setan boroi maka si anak itik semakin tenggelam dengan drama cintanya bersama si Setan boroi maka ibarat bunga baru berputik, si setan boroi menguliti si anak itik di dua buah hotel berasingan dan si anak itik yang asyik dengan sentuhan dan belaian si setan boroi semakin merelakan dirinya diratah sesuka hati…saat itu si anak itik merasa sangat bahagia yang teramat kerana hanya ada mereka berdua memadu kasih, tidak kira siang dan malam, tidak kira lapar atau kenyang, tidak kira penat atau lelah, tidak kisah sakit atau sedap, masa yang terluang bagi pasangan kekasih itu hanyalah dengan memadu asmara, saat menyulam cinta “ZINA” mereka tidak pernah menyedari bahawa ada Yang Maha Melihat,telah dengan jelas melihat semua perbuatan sumbang si anak itik dengan si setan boroi tersebut, mungkin pada mereka hanya kerana tidak kelihatan sepasang mata yang melihat sangka mereka tiada siapa yang tahu akan “ZINA”mereka  itu..(sungguh kasihan… ) Malah kerana cinta yang terlalu mendalam kepada si setan boroi, si anak itik rela gambar bogelnya diambil menggunakan kamera telefon untuk menjadi santapan mata si setan boroi, tapi apa yang jelasnya si anak itik ini tidak terfikir atau tidak mampu berfikir ialah tidak mustahil untuk si setan boroi itu menyebarkan gambar bogel tersebut untuk tontonan malah sekadar untuk menunjuk kepada sahabat-sahabatnya yang juga sama-sama setan lalu menjadi bahan ejekan dan tohmahan, memang tidak mustahil kerana si anak itik selain berkulit gelap dia sebenarnya bertubuh kurus melidi tapi rupanya bernafsu besar mengalahkan orang sudah berkahwin yang halal sentuh pegangnya.

Setelah puas memadu kasih di hotel, kerana kehabisan duit dek kerana menyewa 2 buah hotel berasingan selama beberapa hari dan juga membeli tiket kapal terbang si anak itik maka si setan boroi tanpa segan dan silu si setan boroi membawa si anak itik  ke rumahnya, bertemu anak-anak dan dua orang isterinya  yang kebetulan duduk serumah, dan tanpa segan dan silu si anak itik tinggal, makan dan minum di rumah tersebut kemudian bersetuju pulak menjadi isteri ketiga yang sah, walaupun sebelumnya mereka telah tidak langsung menjadi suami isteri tidak sah sebelum ini, bodohnya si anak itik ini kerana tidak melihat atau memang tidak mahu melihat keadaan hidup si setan boroi yang cuma tinggal di flat PPR @ DBKL (flat kelas rendah), tanpa kerja tetap dengan menanggung dua isteri dan anak-anak yang masih kecil dengan rumah yang cuma ada 3 bilik? tapi kerana dek cinta agung si anak itik dia sanggup untuk melalui kehidupan yang sebegitu walhal dia mampu untuk memilih lelaki yang bujang, yang mempunyai kerja tetap dan yang akan hanya menanggung dia dan anak-anak mereka kelak? (nampak sangat kebodohan tipikal….)

Nyata hanya kerana si anak itik merasa hangat dalam pelukan si setan boroi atau merasa enak dengan sentuhan tangan kasar si setan boroi atau merasa enaknya meng’kangkang’ kepada si setan boroi (oppsss…maaf, saya terpaksa menggunakan bahasa 18SX kerana tiada perkataan terbaik yang sesuai ) , lalu si anak itik yang hanyut dengan DOSA dan NODA, merelakan dirinya menjadi hidangan nafsu lelaki beristeri dua yang bernafsu tahap iblis, malah lagi seronok kerana si setan boroi mendapat “pucuk muda” yang masih lagi “fresh” dan “ketat” menyebabkan si setan boroi ini sentiasa “stim” melihat si anak itik yang tergeliat-geliat dan terkangkang-kangkang dengan layanan dengan penuh “style” si setan boroi yang sememangnya sudah terlalu berpengalaman.

Haaa, part ini sebenarnya antara part kemuncak yang akan saya ceritakan dan pastinya akan menyerlahkan keCETEKan akal fikiran si anak itik. Alkisah seterusnya adalah :

Mungkin kerana perbuatan ZINA si anak itik dan si setan boroi itu yang jelas HARAM dan BERDOSA, maka ALLAH telah menunjukkan sedikit mukjizatnya, kerana tiba-tiba si anak itik itu telah menghantar sms kepada seseorang yang agak dekat talian keluarga dengannya yang sememangnya telah berhijrah ke ibu kota, dengan hanya menyatakan yang dia (si anak itik) tersebut berada di KL mengikut kawannya dan nanti akan mahu kerumah. Sini saya gelarkan seseorang itu sebagai si bulan sabit, kerana mulutnya yg agak “laser” dan tajam seperti sabit selain dia juga berkulit agak cerah dan ceria ibarat senyum meleret bulan sabit. Atas dasar tanggungjawab si bulan sabit tanpa membuang masa terus bekejar ke Sungai Ramal,Kajang sepertimana yang disebut oleh si anak itik, walaupun si bulan sabit tidak mengetahui keadaan sebenar si anak itik namun hatinya dapat merasakan yang si anak itik tersebut mesti bersama dengan seseorang yang berjantina lelaki, Sesampainya si bulan sabit di flat Sri Kenari, si bulan sabit mendapati bahawa si anak itik tidak berada di rumah si setan boroi, keadaan semakin bercelaru bilamana si anak itik pula mula berdolak dalik, sekejap mahu dijemput, sekejap tidak, sekejap di sini, sekejap disana setiap  kali bila  si bulan sabit menelefon kerana terlalu geram si bulan sabit mula mengugut untuk melaporkan kejadian itu ke pihak polis maka barulah si bulan sabit dapat bercakap sendiri melalui telefon dengan si setan boroi. Itupun, sudah terang lagi bersuluh bahawa si setan boroi itu bersalah namun dia masih mahu menegakkan benang yang basah bila dia mempersoalkan samada si bulan sabit ini mahu benar-benar mahu mengambil si anak itik atau tidak, apalagi naik angin la si bulan sabit kerana siapa lelaki itu yang hanya bergelar ‘boyfriend’ untuk mempersoalkan dia yang ada talian darah dengan si anak itik? malah, setan boroi itu rupanya telah mengajak si anak itik untuk keluar dari kawasan itu kerana takut si bulan sabit dapat mengecam tempat tinggal si setan boroi, mungkin sangka si setan boroi dia bijak berbuat begitu…(Tuhan maha adil)  namun kerana masih atas dasar tanggungjawab si bulan sabit sanggup untuk berpatah balik ke Dataran putrajaya (tempat di mana si setan boroi membawa si anak itik) akhirnya si bulan sabit bertemu dengan si anak itik yang waktu itu sedang menangis teresak-esak (tanpa diketahui oleh si bulan sabit, adalah lakonan semata-mata) sekaligus bersua muka dengan si setan boroi yang waktu itu menyamar menjadi sahabat baik kepada kononya “BOYFRIEND-(tidak wujud)” si anak itik, malah dengan muka si setan boroi yang sememangnya sebiji serupa SYAITAN/IBLIS, si setan boroi pula sanggup meminta bayaran kepada harga tiket si anak itik sewaktu mereka bersama-sama terbang ke KL sebelumnya. Si bulan sabit yang tidak tahu apa-apa tanpa berkira dan bertanya lebih lanjut terus saja ringan tangan menghulurkan RM600 kepada si setan boroi, sambil dalam hatinya berharap agar dia tidak akan bertemu dengan manusia seiras SYAITAN/IBLIS ini lagi.

Huh…sebenarnya hikayat ini belum sampai ke kemuncaknya, namun saya merasa penat memerah kepala otak dan kini hampir-hampir saja kekeringan idea, maka sebelum idea itu benar-benar kering ada baiknya saya hentikan alkisah ini disini, kendatipun saya akan tetap menyambung kisah ini ke part.III kerana saya juga mahu tahu kisah selanjutnya. kepada yang membaca, dan menyukai coretan ini terima kasih banyak-banyak dan teruskan memberi sokongan kerana sokongan anda pastinya akan membantu saya dalam me”variasi”kan lagi idea untuk untuk hikayat ini, kepada yang merasa tulisan ini keterlaluan, saya mohon maaf kerana menyinggung namun saya mengharapkan anda dapat mengambil pengajaran daripada kisah ini dan kepada yang telah melakukan kesalahan…silalah buka mata, buka pintu hati, renung kehidupan dan masa depan..sesungguhnya hidup ini adalah pinjaman Allah semata-mata, biarlah hidup itu dihabiskan dengan perkara yang bermaruah dan membanggakan diri kita sendiri, dan bukan memilih untuk meletakkan maruah serendah dan sehinanya dek kerana desakan nafsu dan kecetekan akal, kerana akal dikurniakan untuk kita berfikir menggunakannya setinggi mungkin.

*sambungan ke Part.III, klik SINI

Advertisements
 

One Response to “Pelajaran yang menjadi Pengajaran Part.II”

  1. […] * sambungan ke part II, klik SINI […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s