My Fingers Typing

my thoughts, my feeling, my words…..

Pelajaran Yang Menjadi Pengajaran PART.III February 9, 2010

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 2:09 pm

Salam,

Kali ini, sekali lagi saya mendapat kesempatan untuk ke sekian kalinya menyambung semula ceritera yang sebelum ini saya janjikan akan disambung ke part.III, nampaknya menyambung kisah ini untuk menjadikannya satu cerita bukanlah satu perkara yang mudah, namun atas dasar kehendak, maka, hari ini,  berlatar belakangkan lagu “ Yellow Submarine- The Beatles”  saya akhirnya bersemangat untuk menulis:-

Setibanya , si anak itik di rumah sewa si bulan sabit, tanpa berkata apa-apa si bulan sabit terus saja menyediakan tempat untuk si anak itik tidur walaupun pada ketika itu dalam hati si bulan sabit penuh dengan pelbagai tanda tanya dan persoalan selain dari keliru dengan keadaan yang berlaku kerana masih samar dan tidak faham akan punca dan penyebab kejadian. Yang kasihannya, saat si bulan sabit itu berkejar ke sana-kemari mencari dan kemudiannya mendapatkan si anak itik, tidak ada sepatah pun perkataan “TERIMA KASIH” si anak itik kepada si bulan sabit, apalagi sebarang bentuk penghargaan, walau bukan itu hendaknya si bulan sabit tapi sebagai manusia yang berakal gunalah sedikit budi-bahasa agar ada pekerti diri namun nyata si anak itik berbulu hitam memang mempunyai hati yang berwarna hitam legam sehitam kulitnya…

Emm…rasanya tidak pernah saya menyebut si anak itik ini berbulu hitam sebelum  ini, kerana lazimnya anak itik sememangnya berbulu kuning kemudian berubah kepada putih bersih..namun si anak itik ini tidak layak untuk mendapatkan bulu berwarna putih kerana sikapnya yang terlalu hipokrit dan NODA yang dilakukannya, tanpa mengira halal dan haram, tanpa rasa bersalah dan tanpa rasa malu…

Keesokan harinya, dengan perasaaan yang penuh dengan pelbagai persoalan si bulan sabit mula bertanya sedikit demi sedikit kepada si anak itik, dengan penuh sedu sedan (yang rupanya adalah lakonan semata-mata) si anak itik mula menceritakan bahawa dia telah dihalau oleh ayahnya (si abuya) dari rumah, kata si anak itik sebabnya hanyalah kerana dia tidak balik rumah sehari kerana tertinggal bas dan menyebabkan dia terpaksa bermalam di rumah kawannya si anak itik juga merayu agar si bulan sabit tidak memberitahu ayahnya, di mana dia berada.… dan bila mendengarkan cerita sedemikian si bulan sabit pun mula merasakan seolah-olah si abuya adalah punca si anak itik lari dari rumah, ditambah lagi si abuya memang terkenal dengan sikap panas barannya, dengan penuh perasaan simpati si bulan sabit kemudiannya melayan si anak itik sebaik mungkin, agar dia merasa selesa berada di rumahnya…dengan menyediakan pelbagai kemudahan sehinggakan sanggup membelanjakan sejumlah wang membeli barang-barang keperluan dan peribadi si anak itik termasuklah pakaian dalam sekalipun kerana menyangka kan si anak itik itu benar-benar dalam keadaan sehelai sepinggang. Yang tidak diketahui oleh si bulan sabit ialah si anak itik itu sebenarnya ada membawa beberapa helai pakaian termasuklah barangan peribadi kerana dia sememangnya telah berniat untuk melarikan diri kerana mengikuti kekasih pujaan hatinya si setan boroi! Cuma, si anak itik telah meninggalkan beberapa barangannya di rumah si setan boroi itu kerana beranggapan akan ada peluang untuk kembali ke rumah si setan boroi.

Namun, nyata Tuhan tetap membuktikan kebenaran, kerana walau apa pun tindakan si bulan sabit hatinya masih terdetik satu perasaan gusar dan tidak percaya kepada si anak itik, beribu kali dia berusaha untuk menyingkirkan perasaan tersebut nyata ia tidak boleh dibuang begitu saja…malah, pelbagai persoalan semakin bermain di fikiran si bulan sabit, kenapa? bagaimana? bila? siapa? di mana? Dan semakin banyak persoalan maka si bulan sabit kembali untuk bertanyakan si anak itik macam-macam, itu-ini…..Nyata, semakin banyak disoal jawapan si anak itik semakin meragukan, sehinggakan ada satu tahap si bulan sabit merasakan si anak itik memberikan pelbagai jawapan yang tidak logik, malah ceritanya juga berubah-ubah sekejap “ya” dan sekejap “tidak”.

 Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, si bulan sabit sekali lagi menelefon seseorang yang dipercayainya untuk meminta pendapat, dan si bulan sabit telah di nasihatkan untuk bercakap dan memberitahu si abuya keberadaan si anak itik, Walau bagaimanapun, si bulan sabit merasakan dia masih perlu untuk mengetahui akan kedudukan sebenar kisah si anak itik sebelum memberitahu si abuya…Dengan misi baru si bulan sabit mula mengasak si anak itik dengan macam-macam soalan sehinggalah si anak itik perlahan-perlahan mendedahkan kisah dan turutan cerita sebenar……Masya-Allah! Hampir saja si bulan sabit pengsan mendengar pengakuan si anak itik…hatinya panas tiba-tiba, penuh dengan rasa geram yang melampau…kalau diikutkan hati mahu saja dia membunuh si anak itik kemudian mencincangnya lumat-lumat… Yang lebih menyakitkan hati, sudahlah menjatuhkan maruah keluarga dengan memalukan diri sendiri, tanpa segan-silu si anak itik pula menyatakan kesediaannya untuk menjadi isteri kepada si setan boroi kerana si setan boroi telah berjanji padanya akan menceraikan isteri keduanya demi untuk mendapatkan si anak itik!……BODOH TAHAP DEWA!

Tanpa berlengah-lengah lagi si bulan sabit menelefon si abuya, memberitahu keadaan sebenar dan si abuya terus saja menyatakan persetujuannya untuk datang ke KL semata-mata untuk mendapatkan anak kesayangannya yang penderhaka itu untuk di bawa balik…Bak kata orang lama, kasih sayang tidak akan putus apalagi yang sedarah-sedaging…sedih rasanya, tidakkah si anak itik terfikir sekelumit pun pengorbanan ibu-bapanya selama ini?  Hingga pada saat si abuya bertentang mata dengan anak itik, air mata si abuya jatuh berlinang…jauh dalam matanya kelihatan sejuta perasaan yang bercampur-baur, sedih, malu, kesal, marah, geram malah mungkin gembira kerana masih berpeluang bertemu dengan anak kesayangan nya setelah lari meninggalkan mereka berhari-hari…namun yang nyata tiada sedikit pun riak benci dalam pandangan mata itu…kerana mungkin si abuya merasakan bahawa sebenci mana pun dia pada si anak itik namun dia masih tetap anak perempuannya, darah dagingnya…..

Usaha si abuya untuk mendapatkan keadilan juga tidak berjaya, bilamana si setan boroi rupanya telah membuat laporan polis menyatakan dia telah melakukan hubungan intim dengan si anak itik atas dasar sukarela, kehendak bersama….memangnya si abuya juga mahu membersihkan nama anak kesayangannya itu tapi apa pun usahanya, yang salah akan tetap salah dan begitu jugalah dengan hukum-hakamnya, yang haram akan tetap haram…kalau pun si abuya sanggup untuk berbuat apa sahaja demi untuk membersihkan nama si anak itik jelasnya yang berlaku telah berlaku dan tidak boleh di undur balik, istilahnya kalau kelapa sudah ditebuk tupai maka memang sudah tidak ada caranya untuk menutup lubang tersebut melainkan hanya meninggalkan sahaja buah kelapa itu menjadi buruk….lantas, kembali lah si abuya di kampung halaman bersama si anak itik dengan pelbagai perasaan yang bercampur baur..ada marah, geram, sakit hati, malu, kecewa, menyesal …namun kenyataannya tetap jitu, anaknya itu bukan lagi seperti dulu…fizikal dan mentalnya sudah berubah bukan seperti dulu lagi…

 Selepas kepulangan si abuya anak-beranak ke kampung halaman, si bulan sabit kemudiannya bertekad untuk tidak mahu mengambil tahu apa-apa pun mengenai si anak itik…namun Tuhan Maha Besar, si abuya memaklumkan kepada si bulan sabit bahawasanya si anak itik masih lagi berhubungan dengan si setan boroi melalui telefon malah si setan boroi juga sempat menghantar sms berbentuk ugutan kepada keluarga si abuya menyatakan mereka ( si anak itik & si setan boroi) pasti akan bersama suatu hari nanti….celaka! memang manusia tidak sedar diri…! Malah langsung tidak berakal…!

Dipendekkan cerita, walaupun tiada kesinambungan kepada cerekarama si anak itik & si setan boroi namun perasaan jijik, benci, dendam dan geram si bulan sabit terhadap si anak itik tidak pernah surut, masih terasa aib yang teramat atas perbuatan celaka-bodoh tersebut.

Saat si bulan sabit balik merayakan Hari Raya 2009, si abuya telah menjemput si bulan sabit datang bertandang ke rumah mereka, melihat saja muka si anak itik yang berkulit gelap itu, tidak semena-mena timbul perasaan sejijik-jijiknya melihat si anak itik, seakan melihat sesuatu yang benar-benar busuk, buruk dan berulat…malah tekak si bulan sabit juga loya melihat wajah si anak itik yang penuh kepura-puraan itu. Kerana biar selebar mana pun senyuman si anak itik dia tetap kelihatan tidak ikhlas dan seolah-olah hatinya penuh dengan pelbagai kejahatan lain…

Saya ada bertanya kepada si bulan sabit mengapa begitu sekali tahap kebenciannya pada si anak itik, dengan wajah penuh amarah si bulan sabit menjawab bahawa dia tidak akan mampu memaafkan si anak itik sampai bila-bila atas segala perbuatannya yang mengaibkan sehingga sanggup untuk menipu si bulan sabit walaupun setelah si bulan sabit bersusah – payah mencari & menjaga si anak itik ketika bersama dengannya…malah si bulan sabit menyatakan, kalaulah boleh untuk dia memerah hingga ke titisan terakhir darah persaudaraan mereka, dia sanggup untuk bergadai nyawa demi memastikan dirinya dan si anak itik tidak akan mempunyai setitik darah pertalian sekalipun…. Jijik!

Sampai begitu sekali…..

 Namun inti pati cerita ini bukan hanya mengenai amarah si bulan sabit yang keterlaluan tapi lebih kepada perbuatan si anak itik yang keterlaluan dan melampau, mungkin ada yang akan berkata yakni ada lagi kisah yang lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh si anak itik  tapi mungkin perbuatan si anak itik tersebut cukup untuk meninggalkan impak besar pada si bulan sabit menyebabkan kisah ini terlakar, kerana bagaimana patahnya hati seorang lelaki (abuya) bergelar BAPA yang telah melakukan segala-galanya yang terbaik hanya untuk anaknya, tapi perkara buruk tetap jua berlaku, juga kepada si IBU (isteri si abuya) yang kini mengalami tekanan atas kejadian tersebut, juga pada perasaan si anak itik sendiri…apakah mampu dia mengambil iktibar terbesar dalam hidupnya atas kesilapan yang dilakukannya ataupun dia tidak merasa bersalah sedikit pun atas perbuatannya….

Sekian….

Advertisements
 

4 Responses to “Pelajaran Yang Menjadi Pengajaran PART.III”

  1. hamba Allah Says:

    Dugaan menjadikan jiwa kita kuat. Masalah mendidik kita erti sebuah kesabaran. Dan huruhara menjadikan kita tabah meneruskan khidupan ini. Terimakasih.

  2. hamba Allah Says:

    Sebagai orang Islam, kita sepatutnya bersyukur kerana kita dipandu oleh al-Quran dan sunnah dalam menentukan tingkahlaku kita dalam menjalani kehidupan ini. Andaikan kita ini pengembara, pastinya kita bersyukur jika sepanjang perjalanan itu kita dibekalkan dengan kompas sebagai penunjuk arah. Kita sepatutnya lebih bersyukur lagi kerana tidak semua pengemabara dibekalkan dengan penunjuk arah ini.
    Berbeza dengan masyarakat Islam, masyarakat lain tiada panduan khusus dan jelas tentang bagaimana mereka seharusnya menjalani hidup ini. Jika ada sekalipun, panduan itu hanyalah untuk aspek hidup yang tertentu dan tidak menyeluruh seperti Islam. Bagi mereka, segala-galanya boleh dilakukan. Maka, ramai yang berpegang kepada motto jenama Nike, “Just do it”. Mereka pun buatlah apa sahaja yang terlintas di hati tanpa mengambilkira kesannya pada diri mahupun orang lain. Orang Islam tidak sepatutnya berpegang pada motto ini. Namun, ramai juga yang dengan bangganya memakai baju-T dengan slogan ini.

    Dalam kehidupan seorang Muslim, ada yang boleh dan ada yang tidak boleh dilakukan. Jika sikap dan tingkahlaku umat Islam sama sahaja dengan orang bukan Islam, maka apalagi yang membezakan kita dengan mereka?
    Walaupun seorang Muslim itu dibatasi oleh perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, sebenarnya, masih banyak perkara yang dibenarkan dan sedikit sahaja yang dilarang. Satu daripada perkara yang dilarang itu ialah membuka aib diri dan aib orang lain. Membuka aib diri itu mungkin tidak begitu menimbulkan masalah kerana orang yang waras biasanya mengunci rapat keaiban dirinya sendiri. Namun, apa yang sedang membarah dalam masyarakat kita kini ialah sikap yang suka mengaibkan orang lain. Dalam kata-kata lain, suka mendedahkan keburukan orang lain.

    Semua orang ada melakukan kesilapan dalam hidup dan lazimnya kita akan merahsiakan kesilapan itu bagi mengelakkan rasa malu jika ia diketahui umum. Seorang kanak-kanak pun tahu malu jika silapnya ditegur di khalayak ramai, inikan pula orang dewasa. Maka, biasanya kita akan merahsiakan kesilapan itu agar ia tidak mengaibkan diri kita sendiri.
    Namun, bila tiba kepada keaiban orang lain, sikap kita begitu berbeza sekali. Ramai yang suka mendengar atau membaca kisah-kisah keaiban orang, malah, sanggup pula memanjangkan kisah-kisah itu kepada orang lain sedangkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak.” Tidak cukupkah ini sebagai panduan dan peringatan?

    Malangnya, ramai orang Islam yang lebih suka mengingkari perintah hadis ini. Mereka sama ada menjadi orang yang mengaibkan orang lain secara lisan mahupun tulisan; menjadi pendengar atau pembaca atau penonton setia kisah-kisah keaiban itu; mahupun, menjadi penyampai atau pemanjang cerita-cerita aib tersebut.

    Ada juga yang mendakwa bahawa cerita seperti itu yang majoriti pembaca mahukan. Dakwaan ini mungkin benar dan biasanya majoriti akan menang. Namun, tidak semestinya majoriti itu betul. Maka, jika ternyata majoriti cenderung memilih sesuatu yang dilarang oleh agama, apakah kita patut terus menggalakkan mereka?

    Dalam Surah al-Hujurat, ayat 11, Allah SWT dengan jelas melarang umat Islam dari menyatakan keaiban orang lain. Dalam ayat yang sama disebut bahawa mereka yang mengingkari larangan ini, ia menjadi fasik, maka hendaklah ia bertaubat. Larangan ini begitu penting sekali dipatuhi sehingga ia diulangi dalam ayat yang berikutnya, “…dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang…”. Tidak cukupkah ayat-ayat ini memandu kita ke jalan yang benar?

    Dalam pengenalan beliau mengenai Surah al-Hujurat ini, Abdullah Yusuf Ali, dalam terjemahan al-Qurannya menyebut bahawa, surah ini menyentuh tentang adab yang perlu dipatuhi oleh ahli masyarakat Islam. Selain melarang mengaibkan orang, surah ini juga memerintahkan agar: ketua dihormati; khabar angin diselidiki; damaikan dua pihak yang berkelahi; manusia lain jangan dicemuh atau diperlekehi; jangan label orang dengan perkataan yang buruk; jauhi prasangka; jangan mencari salah dan keaiban manusia; jangan mengumpat; dan, berkenal-kenalanlah sesama manusia.

    Amat malang sekali bila mana umat Islam yang telah dipandu tentang cara bagaimana untuk hidup bermasyarakat, telah tidak mengambil manfaat dari panduan itu, sebaliknya mengambil sikap yang sama sekali bertentangan dengannya. Maka, salah siapa kalau masyarakat kita banyak cacat-celanya? Salah siapa kalau masyarakat kita tidak jauh buruk akhlaknya berbanding masyarakat Barat atau Timur yang tiada “kompas” penunjuk jalannya?

    Sahabat ku, saya cukup terasa dengan cerita ini. Apa lagi dipaparkan diruangan seperti ini. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai pelindung ku. Mohon maaf untuk segalanya.

    Hamba Allah Yang Hina.

  3. dida80 Says:

    Terima Kasih banyak-banyak diatas peringatan & “amaran” dan maaf kerana terasa…sejujurnya, pada saya ini lebih kepada peringatan & pengajaran kepada diri sendiri malah khususnya kepada mereka yg mengenali hati-budi saya secara dekat, kerana mereka pasti lebih faham maksud tersirat dan tersurat yg sebenar, sy juga sedia maklum ada yang akan menerima dan juga sebaliknya…TERIMA KASIH SEIKHLASNYA DARI HATI SAYA untuk kedua-duanya….

    Walaupun kenyataannya, kisah-kisah begini semacam menjadi “halwa” mata dan “halba” telinga yang terpapar dan didengar setiap hari, namun perkara sedemikian yang berlaku berterusan jelas menyatakan hakikat sebenar manusia yang lebih cenderung melakukan perkara sebaliknya…

  4. […] *sambungan ke Part.III, klik SINI […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s