My Fingers Typing

my thoughts, my feeling, my words…..

~MEMORI~ July 15, 2010

Filed under: Uncategorized — inan115 @ 2:28 pm

Normally, memori adalah bila berlakunya satu peristiwa yang akan meninggalkan satu nostalgia untuk dikenangi, dan selalunya nostalgia yang kita kenangi itu adalah sesuatu yang indah dan merupakan antara episod terbaik yang berlaku dalam sepanjang perjalanan hidup.

Secara peribadi saya juga mempunyai pelbagai rentetan memori terbaik yang saya kenang sepanjang masa mengharungi perjalanan hidup, memori di zaman kanak-kanak yang terlalu menyeronokkan, Zaman remaja yang penuh dengan hiburan dan  zaman dewasa yang mencabar…apalagi bila melalui pelbagai rakaman kisah dan pengalaman itu dengan kawan-kawan mahupun ahli keluarga. Walaupun saya belum mampu melihat memori di masa hadapan namun sepanjang melalui 3 dekad fasa kehidupan saya akhirnya perasan akan satu perkara:-

saya masih mempunyai satu sisi memori tentang seseorang yang mana saya memang tidak pernah ada memori terindah mahupun yang terbaik dengan seseorang itu, dan sehingga saya menulis catatan ini saya masih berusaha untuk mencari perkara terbaik sepanjang saya membesar dan dewasa bersama-samanya, Tidaklah saya katakan bahawa segalanya adalah yang terburuk cumanya saya tidak pernah melalui satu kisah yang istimewa bersamanya untuk dikenang. Dan sehingga bila berlakunya satu kejadian yang benar-benar membuatkan saya tekilan, saya semakin merasakan bahawa mungkin saya dengan dia tidak ditakdirkan untuk melalui sesuatu peristiwa untuk berkongsi sesuatu yang indah dengannya.

Saat ini, saya yakin sesuatu telah berlaku antara kami cuma kami tidak pernah mengucapkannya secara lisan untuk meluahkan semua perasaan antara kami. Lucu, bila memikirkan yang saya tidak merasa apa-apa biarpun saya tahu ada satu pihak yang terasa hati tetapi tidak meluahkannya. Sesuatu jenis perasaan yang susah untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan dan perkataan. 

Walau apapun, sebagai manusia yang semakin meningkat usianya, saya sedar akan satu perkara…saya tidak mahu orang-orang terdekat yang amat-amat saya sayangi akan kehilangan memori terindah mereka dengan saya, kerana saya sentiasa mahu dikenang sebagai seorang anak/adik/kakak mahupun sahabat yang sentiasa ada dalam album kenangan indah mereka biarpun sedikit, kerana saya sedar betapa ruginya saya jika saya tidak mendapat tempat dalam kenangan indah orang-orang terdekat yang amat saya hargai kewujudan mereka dalam hidup saya.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s