My Fingers Typing

my thoughts, my feeling, my words…..

mood…mood…mood September 18, 2010

Filed under: my stories — inan115 @ 10:02 am

Mood..Mood..Mood
Edit

Kemeriahan hari raya masih lagi berbaki, mood pun masih lagi mahu bercuti..ikut hati mahu saja bercuti sehingga akhir syawal ini, tapi mengenangkan baki cuti yang tinggal beberapa hari shj lagi, maka hakikat hendaklah diterima bahawasanya “mood raya” itu hendaklah diganti dengan semangat utk datang ke pejabat dan BEKERJA!!!

Sebagai ibu kepada dua anak lelaki yang teramat lasak, saya memang mengharapkan agar musim cuti akan selalu panjang, biar 2 minggu straight, ataupun 3 minggu ataupun 4 minggu…ahhh!!!! mustahil!! tapi itulah yang saya inginkan, adalah normal bagi ibu-ibu yg bekerja utk sentiasa mahukan masa yg lebih utk anak-anak, Begitu jugalah saya..lasak bagaimana pun anak dua org itu saya mahu selalu berada di samping mereka, degil macamanapun mereka saya tetap ingin berada dekat degan mereka selalu, malah pening macammana sekalipun saya bila berhadapan dengan karenah mereka tapi mereka yang dua itu jugalah yang menjadi warna dan mencorakkan perjalanan saya dalam memegang gelaran sebagai seorang “IBU”.

Dan, ketika saya menulis posting ini saya sebenarnya merasakan saya telah kehilangan “kehidupan” saya yang dulu sebelum ini, saya merasakan bahawa saya sudah tidak “menarik” seperti dulu , maksudnya saya telah kehilangan diri saya yang lincah, yang suka enjoy, yang humoristik, yang shopaholic, yang suka membaca, yang suka travel…dan segala macam “yang” lagi….

Sungguh!! saya mula merasa yang saya kini lebih extrovert..banyak melihat daripada bertindak…saat saya melihat sahabat-sahabat baik saya travel kesana-sini, saya hanya mampu mengucapkan “enjoy your trip!” atau akan berkata “lovely! @ wonderful! @ nice!!!” atau macam-macam perkataan yang indah-indah bila melihat gambar-gambar @ rakaman perjalanan mereka yang pastinya menyeronokkan….walau kadang-kadang dalam hati saya benar-benar mengharap agar dapat berbuat seperti itu suatu masa nanti (yg saya tidak tahu bila…)
Ada ketika juga saya merasakan seolah-olah diri dan kehidupan saya telah “disedut” oleh kerjaya saya sebagai ibu dan isteri, mahu menyesal pun tiada gunanya, mahu mengelak pun sememangnya itulah tanggungjawab yang wajib saya pikul,mahu mengeluh pun tiada hasilnya, hanya yang tinggal adalah mahu menikmatinya sahaja…walaupun kadang-kala kenikmatan itu tidak seperti yang diharap-harapkan diawal dulu…

Saat saya kongsikan ini dalam posting, saya menerima satu SMS daripada salah seorang rakan baik saya yang bertugas sebagai Inspektor Penjara di Taiping, dalam SMS itu dia mengeluh bahawasanya dia terlalu dan teramat letih berhadapan dgn kehidupannya kini…sejenak saya mengenang…dia juga adalah ibu kpd dua org anak yang (seperti saya) dia juga adalah ibu yang bekerja sepenuh masa (seperti saya) dia juga berasal dari tpt yang sama (seperti saya) dan berhijrah kesini mengikut suami (seperti saya) hidup jauh dari keluarga sendiri dan mentua (seperti saya)…saya tersengih….rupanya bukan saya seorang sahaja yang berperasaan sedemikian…sahabat saya itu juga begitu lantas saya sedar ada beribu mahupun berjuta atau berbillion lagi ibu-ibu yang mungkin berperasaan seperti apa yang saya dan sahabat saya itu rasakan…ibu yang kehilangan “kehidupan” dan “ruang” utk diri sendiri kerana anak-anak, keluarga dan suami…ibu yang kehidupannya hanya ada “dalam rumah” bersama anak-anak, dengan pelbagai aktiviti rutin dalam rumah yang perlu dilakukan setiap hari…mengemas,memasak, laundring, preparing the kids…dan bermacam-macam hal remeh dan temeh…

mungkin jika ada sedikit kesempatan kepada para ibu utk bersosial rasanya hidup tidak akan terasa seperti “kehilangan”, atau biar ada sedikit ruang utk para ibu lari sekejap daripada tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri mungkin ianya lebih dari memadai untuk merasai mood “kehidupannya” yang dulu…sekurang-kurangnya, ibu masih mampu utk menjamah sedikit dari sisa kehidupan yang menyeronokkan dulu walau tidak mampu utk mendapat kesemuanya…kerana seorang ibu sejati sebenarnya tidak pernah lupa akan tanggungjawab azalinya dalam membesarkan anak-anak…lazimnya naluri ibu itu akan sentiasa mahu untuk selalu bersama dengan anak-anaknya di setiap saat dimana jua….

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s