My Fingers Typing

my thoughts, my feeling, my words…..

murahnya nilai seorang “perempuan” May 13, 2011

Filed under: karenah — inan115 @ 8:11 pm

haa…tajuk kontroversy???

kenapa saya memilih tajuk ini?…sebenarnya ada cerita disebalik semua ini…kisahnya begini..kejadian ini baru sahaja berlaku beberapa hari lalu, seorang teman saya (lelaki) yg telah berkahwin dan mempunyai dua org anak kecil, telah mendapat satu missed call dari nombor yang tidak dikenali lalu dia pun menelefon kembali nombor itu utk mengetahui siapa, sebab dan mengapa? bukannya menyibuk, tapi cara kerjanya memang memerlukan dia utk berhubungan dgn pelbagai jenis, jantina dan bangsa manusia (..maka tidak perlu lah saya menerangkan secara detail bidang kerja beliau..)

ok, saya gelarkan si lelaki bukan bujang ini sebagai En.Y…lalu, ketika En.Y ini menelefon kembali si pemanggil misteri itu maka ianya di jawab oleh seorang perempuan bersuara segar! maksudnya perempuan muda…si perempuan muda yang saya gelar sbg inul itu pun menyoal en.Y dari mana dia mendapat nombor si inul, dengan baik en.Y memberitahu kedudukan sebenar dan meminta maaf kepada si inul kerana telah mengganggunya, kemudian menamatkan perbualan, namun beberapa minit selepas itu si inul membuat panggilan balas namun tidak dilayan oleh en.Y dan setelah beberapa kali memanggil dan tidak mendapat respond, kemudian si inul pun menghantar SMS kepada en.Y, bertanya dari mana dia mendapat nombor si inul dan siapa nama sebenar en.Y, tanda mengendahkan SMS si inul kembali memanggil En.Y namun masih tidak mendapat respond, lantas si inul kemudian telah menghantar MMS bergambar gambarnya sedang dalam posisi berbaring dgn rambut terurai…*wah! tidak kurang juga cun si inul ini*…tapi mungkin kerana en.Y memang tidak mahu membuat/mencipta apa-apa kaitan dengan si inul maka MMS itu juga dibiarkan sahaja…tapi dalam pada itu ada juga fikiran nakal timbul dalam hati en.Y mungkin jika dia mengatakan bahawa gambar itu tidak cukup seksi adakah si inul akan “makbulkan” permintaan en.Y?

Tapi memandangkan en.Y tidak berniat untuk memanjangkan “perhubungan” itu, maka akhirnya si inul berputus-asa…ketika en.Y menunjukkan kepada saya MMS gambar si inul itu dalam hati saya terdetik…sampai beginikah sekali murahnya nilai seorang perempuan?…apa sebenarnya niat si inul ketika menghantar gambarnya pada en.Y, adakah dia menganggap sekiranya dia menghantar gambar itu akan membuka peluangnya untuk berhubungan dengan en.Y..dalam erti kata lain “berteman untuk mesra”?…

tidak tahu lah apa tujuan utama si inul berbuat demikian tetapi kalau difikir-fikir, apa tujuan sebenar si inul menghantar MMS gambarnya kepada en.Y. selepas beberapa panggilan dan SMS nya tidak dijawab?

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s